Tuesday, January 31, 2012

Pasca Hujung Minggu

Secara tidak sedar, aku telah membuat hari mingguku baru-baru ini berasa sedih. Separa sedar, bawah sedar. Nyata minda segarku, hmm.. mempunyai mindanya tersendiri. Mengapa lagu-lagu ini yang kupilih dan kupasang? Minda sedar melontarkan cadangan. Kotakkan lagu si Ryan dan si Elliott ini. Kemudian dibakar. Dengan api neraka. Ataupun dicampakkan. Sejauh mungkin. Atau disimpan. Bersama beberapa kotak lain. Buka jika perlu. Buka apabila keadaan memaksa.

Minda sedar dan minda separa sedar mungkin tidak berlagak seperti sahabat sekarang. Seperti tidak sependapat tentang kesedihan. Tetapi aku putuskan; untuk teruskan kesedihan kerana aku gembira lagu-lagu ini dicipta.

Aku terlupa seperkara. Si Elliott sudahpun dikotakkan.

Monday, January 30, 2012

Quotes of 2012 - #1

Tak elok untuk sistem reproduktif.
..Emakku
Reaksinya terhadap darjah kelonggaran seluarku. Dan aku masih cuba menegakkan benang yang salah, ish.

Monday, January 23, 2012

A Durian New Year

Bergerak 140km/j. Lamunanku terhenti. Begitu juga misi dan perang dalam kepalaku. Telingaku dijamu dan dihiburkan kononnya oleh muzik club. Muzik malam Ahad bak kata sahabatku. Ini bukan jamuan. Ini bukan hiburan. Ini pencerobohan. Oleh decibel yang kurang ajar. Telingaku masih tidak begitu arif dalam sektor bertukar-tukar pasangan ini. Masih hijau dan sedang mencari tapak. Tetapi dia tahu menjaga diri; itu hakiki. Dia akan ke pangkal biarpun kadangkala merayau terlalu jauh.

Soalan-soalan pengisi masa terluang diajukan. Sekali-sekala. "Dah". "Aku lupalah nak call". "Aku tak cuti". Sebahagian daripada jawapan-jawapanku. Aku juga selang-selikan dengan memberi pendapat murahku kepada persoalan-persoalan yang lebih rumit sifatnya. Acap kali juga masa dipenuhi oleh bunyi-bunyian yang datang daripada sebuah telefon yang tidak pintar tetapi mudah alih. Diikuti oleh tawa miang.

"Seksilah suara dia ini, kan?" satu soalan menampakkan diri dalam kebingitan suasana yang mulai surut.
Aku terkejut sebentar. Cuba meneka siapakah yang patut menjawab soalan tersebut.
"Aah, suara Adele memang seksi." aku jawab tanda bersetuju.

Jawapan yang kuberikan itu kusertakan dengan harapan agar sistem bunyi kereta ini akan terus bertukar tenang. Aku tidak perlukan ancaman yang datang dari semua arah. Aku harus fokus.

"Tapi dia gemuk, wei" sambung sahabatku bereaksi kepada jawapanku.
"Kau tak gemuk ke?" aku tahu dia tidak mendengar. Jawapan itu menyorok di dalam kepalaku.

Tetapi mengapa persoalan itu yang timbul? Adakah sahabatku sudah pandai membaca fikiran dan bertanyakan soalan berbentuk pancingan? Aku cuba nafikan. Adakah mindaku berfungsi di luar batasan kepala dan muncul di depan khalayak? Mustahil. Aku abaikan soalan itu dan memberi fokus kepada misi awal yang berumahkan kepalaku tadi; memasangkan wajahya dengan beberapa set suara.

Oh, repeat-peat-peat-peat-peat-peat menyerang kembali. Ish.

Tuesday, January 17, 2012

#teamnurulizzah #timah #timtam

"Pakatan Rakyat sudah kenal pasti pengganti Anwar. Siapa agaknya? Hj Hadi? Lim Kit Siang? Hj Mat Sabu? Karpal? Azmin paling layak kot..." Tweet seorang ahli politik.

Segera aku bangkang. Dalam hati. Kenapa bukan Nurul Izzah? Jika Nurul Izzah dipilih menjadi suksesor ayahnya dan langsung menjadi Perdana Menteri, aku berpeluang menyaksikan konsert Radiohead. Secara percuma, mungkin. Utopianya.

Aku juga mungkin boleh beralih dan menyokong mana-mana politikus jika dia membawa Converge dan Cave In ke Malaysia. Konsert secara percuma? Ya dan mungkin yang besar.

Yang bukan utopia ialah lalang dan yang terbeli.

Monday, January 16, 2012

Quotes of 2011 - #2

Only area for improvement is confidence; needs to be more vocal rather than only letting others speak.
..The specky guy from my office
Perkara yang sama yang dibangkitkan. Sudah 5 tahun. Aku akan videokan sesi Toastmastersku nanti. Kemudian, kita ketawa bersama-sama. Jika aku ke sesi Toastmasters.

Thursday, January 12, 2012

Quikfixer

In need of a drying system.
Dadah seperti hilang fungsi hari ini.
Ok, found it.
Sebuah mekanisme ampuh.
Sekarang, kumpul keberanian.
Tadah hidung.
Dan berharap di akhir proses, hidung bakal kering kontang dan berhenti mengalir.
Tetapi aku lupa, aku juga harus fleksibel.


Wednesday, January 11, 2012

Pasca Hujung Minggu

Aku bangun pagi Ahad tiga hari lepas dengan satu misi. Membaikpulih apa yang rosak dan lusuh. Fokus utama kuberikan kepada fungsi otak yang mengawal sektor kewangan dan ekonomi. Tidak henti-henti pincang sepanjang minggu.

Aku memandu kereta 10km/j di atas had laju yang dibenarkan oleh papan tanda sekitar Putrajaya. Morning drive Ahad berbeza dengan hari-hari bekerja. Paginya masih berlagak malam.Tiada ucapan "Salam Motivasi" yang menyapa. Tiada teka-teki yang memaksaku memerah keringat otakku. Mereka digantikan dengan baris-baris kata "The metronome was wrong again" dan "Let's all underachieve". Seleksi muzik yang hmm, highly motivational. Otakku masih belum puas pincang, agaknya. Insiden 6.20 pagi tadi kembali menjelma seperti HD dan 3Dnya Transformers. Jangan cuba menutup paip air dengan menekan suis lampu.

20 minit kemudian, aku tiba ke destinasi. Tiada metamorfosis ketara di Sri Nangka. Mungkin sedikit maju dengan pekerja yang lebih ramai dan servis yang lebih pantas. Ini tempatku suatu masa dulu. Definisi sarapan pagi yang baik boleh ditemui di sini. Masa untuk reconnect. Sebelum bertungkus lumus membaikpulih fungsi otak, perut harus diisi. Sumber tenaga harus dicari. Dua keping roti canai dan segelas teh tarik sudah mencukupi untuk menjamin tidur yang bererti sekepulanganku nanti.

Monday, January 9, 2012

Mungkin Sepasang Supra

Aku terlupa tugas hari Ahadku. Pada saat aku teringatkan perkara tersebut, aku berkata "Pedulikan. Minggu depan boleh buat". Ketika itu juga aku sudah jauh menyelam lautan YouTube atau nama urbannya, CatVideos atau MaharajaLawakMegaVideos atau HowToXVideos atau CeramahPolitikVideos atau TestKeretaDanTengokSpeedometerVideos atau ParodyVidoes atau BayiComelBergaduhDenganKucingGarangSampaiBayiComelItuMenangisDicakarEmakAyahBayiItuTiadaOtakkahSehinggaMembiarkanPerkaraTersebutBerlakuDanTergamakMemuatnaikVideoItuUntukTontonanUmumVideo atau nama-nama lain yang bersesuaian dengan karektor si penonton video, sebagai alternatif membunuh masa. Signifikan dan relevannya YouTube kepada masyarakat masakini memang tak tersangkal. Mungkin lebih signifikan dan relevan jika dibandingkan dengan sebagai contoh, Anwar Ibrahim kepada rakyat Malaysia. Oh, hari ini 9 Januari. Beliau sudah dibebaskan, seperti dijangkakan. Insiden-insiden yang tidak diingini juga berlaku, seperti yang dijangkakan.

Semakin lama aku berYouTube, semakin aku berasa nostalgik. Muzik atau video muzik dalam kes ni, memang mempunyai efek tersebut. Dalam ertikata lain, aku perlu jauhkan diri daripada muzik. Macam-macam memori singgah. Kepelbagaiannya mungkin tidak seperti flora dan fauna hutan hujan tetapi sudah cukup untuk membelukarkan kepala.
  1. Untukmu dendangan kumpulan Feminin mengingatkanku tentang peristiwa mengkoktelkan Coke dengan kicap. Koktel tersebut dibuatkan khas untuk seorang teman baik di sebuah kedai makan. Kami gelak. Kami ketawa. Modal gelak dan modal ketawa masa akan datang.
  2. Tamparan Wanita nyanyian kumpulan Elite pula mengembalikan saat aku menampar seorang rakan sambil menyanyikan rangkap "Rasakan kuasa, tamparan wanita". Maka, terciptalah sebuah permainan sempena lagu tersebut. Aku dan kawan-kawanku akan mencari mangsa untuk ditampar saat rangkap "Rasakan kuasa, tamparan wanita" dinyanyikan. 
  3. Keseluruhan lagu album Vs, Pearl Jam mengimbau kenangan dipau RM5. Sejurus selepas aku selesai bertransaksi di sebuah kedai kaset, aku didatangi 3 lelaki. Hanya beberapa langkah dari muka pintu selepas aku beranjak keluar dari kedai berkenaan. Suspek-suspek memang kukenali. Rakan-rakan sekolah. Gemuk dan agak hitam, hitam dan juga hitam. Mereka lapar agaknya. Mereka bernasib baik aku tidak melaporkan kejadian itu pada pihak polis atau sekolah. Oh, salah seorang pengepau itu anak seorang pegawai polis. So, pointless.
Lagu yang bakal menjadi lagu tema apabila aku cuba berjalan di atas air. Aku masih belum memutuskan kasut apa yang bakal kupakai.


Thursday, January 5, 2012

(Anti) Quotes of 2011 - #1

Happy people are kind of.. arrogant.
..The specky guy from The Office
Ok, kau dibenarkan berkata sedemikian sebelum bibir kau bersentuhan dengan bibir Liv Tyler.

Tuesday, January 3, 2012

Kambing Yang Tidak Mahu Pergi

Shoo. Shoo.
Sila keluar dari ruang lingkup kepalaku. Setiap sentimeter menolak, setiap milimeter bergolak. Selena Gomez, tolonglah keluar. Aku tidak mahu seorang gadis yang ada kaitan dengan Justin Bieber menyanyi di dalam kepalaku. Pada awal pagi begini. Aku tidak mahu rangkap 'I, I love you like a lovesong, baby' bermaharajalela dan meragut sisa-sisa anti-penubuhan dalam diriku.
Inilah padah beradio 2 hari berturut-turut. Inilah kesan dan pengaruh radio dalam mengarus perdanakan pendengar. Ataupun adakah ini masanya untuk berkaraoke?
Mungkin ini ialah toleransi.
Tidak perlu pertumpahan darah.
Jangan jadi sebahagian daripada masalah.
Repeat-peat-peat-peat-peat.