Friday, October 5, 2012

Pat Pat. Pak Wat. Pak Nyah.

Nyahlemak. Nyahkortisol. Nyahperut.
Overjerawat. Oversedar. Overmalas.
Malsayur. Malair. Malberak.

Wednesday, October 3, 2012

Bermula Sudah

Demam siri televisyen dan sitkom sudah bermula. Ish.
Bakal hiperaktif tidak lama lagi.
Bakal kekurangan tidur.
Bakal yang lain juga.

Di atas sudah berakhir dan menanti musim baru
































Sunday, August 26, 2012

Pasca Syawal

Ramadan sudah pergi. Kini dalam mode Syawal. Mode rumah terbuka. Mode ziarah-menziarahi. Mode memakai jeans yang menyesakkan sistem peranakan akibat makan terlalu banyak, minum berlebihan, terlupa cara-cara bersenam dan terlupa membaca Bismillah.

Aku perasan sesuatu tentang diriku. Memoriku semakin kurang bekerjasama.

Langkah-langkah pemulihan?
  1. Aku perlukan nikotina. Oh, tidak.
  2. Aku perlu menari. Oh, tidak.
  3. Aku perlu berada dalam mood yang kurang baik. Constantly? No, no.
  4. Aku perlukan renjatan elektrik ke kepala. Sama sekali tidak.
  5. Aku perlu memakai lab coat. Hmm.

Thursday, July 26, 2012

Hi Julai, Tata Julai

  1. Berpindah ke rumah baru.
  2. Itali tewas akhirnya. 0-4, kepada Sepanyol. Cerita lama. Basi.
  3. Robin van Persie? Hmm, aa.. Hmm, ee.. Hmm, pedulikan.
  4. Ramadhan tiba. 
  5. Bersahur dan berbuka di rumah baru. Dengan suasana baru. Ditemani orang baru. 
  6. Umat Islam berkejaran. Mendapatkan pahala. Di jalanraya. Menaikkan harga barangan di bazar.
  7. Arsenal di Malaysia. Dua hari lepas. Baru. Segar. Hijau seperti rumput di Stadium Bukit Jalil.
  8. Parks and Recreation. Breaking Bad. Wilfred. Ish ish.
  9. Hari ini aku bercuti. Mata minta direhatkan.
  10. Akan berhujung minggu di kampung. Rambut minta dipotong.
  11. Tidak elok membazir tetapi haruslah beringat. Jangan jadi mangsa keracunan makanan.
  12. Metric bakal beraksi di Singapore. 31/7/2012. Lokasi? Singapore. Ceh.
  13. Lagu di bawah ditujukan kepada serangga di rumahku. On second thought, malas nak upload.

Friday, June 29, 2012

Tuesday, June 19, 2012

TV dan Deals

Semalam, hajatku mudah. Bangun pada pukul 3 pagi dan menyaksikan pasukan Itali beraksi. Aku kecundang tetapi Itali tidak.




Dalam perkembangan tidak berkaitan, ini ialah Laman Web Kadang Kala Lucah.

Sunday, June 17, 2012

Tidaklah Kuadratik

Rafael Nadal memenangi Terbuka Perancis = Sepanyol memenangi Euro 2012

???

Monday, April 30, 2012

Kinsfolk 3.0

Untuk tidak mengecewakan hatiku, aku menulis hari ini. Bersih 3.0 tempoh hari menjadi topik perbualan utama di pejabat. Diskusi tentang kesan yang dibawa dan ditinggalkannya. Kepupusan tamadun, keganasan, cukai pendapatan. Ah, malas sambung. 


Wednesday, April 25, 2012

Sebuah Laporan Kemajuan

Kemajuan yang agak atau kurang atau langsung tidak signifikan sepanjang April adalah seperti di bawah:
  1. Peningkatan jumlah jerawat yang menghiasi wajah.
  2. Kesan langsung daripada #1 ialah peningkatan parut jerawat. 
  3. #1 dan #2 = Mengada-ada.
  4. Kemunculan band, Mentekedarah.
  5. Hubungkait #4 dengan tajuk entry masih menjadi tanda tanya.
  6. Pengayaan kosa kata bahasa Inggeris dengan perkataan thinspiration dan pro-ana.
  7. Tiada sebarang komen untuk #6. Aku sudah lama kurus, dulu.
  8. Penambahan petak meletak kenderaan di kawasan pejabat.
  9. Kesan langsung #8 ialah pengurangan bilangan tandas yang boleh digunakan.
  10. Tahap kebersihan Kuala Lumpur bakal meningkat daripada Bersih 2.0 ke Bersih 3.0.
  11. Pinjaman PTPTN sahaja?! Pinjaman MARA? Pinjaman Mat Anep? Pinjaman mata? Pinjaman kereta? Pinjaman Courts?
  12. Then again, terima kasih. Hasil #10 dinanti-nantikan.
  13. Skala Benci terusik dek makhluk asing. Peningkatan berkadaran dengan masa yang minimal direkodkan.
  14. Skala Benci beberapa orang mungkin telah kuusik dalam proses.

Tuesday, April 10, 2012

Mac - Sepintas Lalu (Episod Pertama, Kedua dan Terakhir)

Penuh aktiviti. Pelbagai lokasi. Bertambah memori. Tolong, jangan curi.
  1. Wondermilk
    • Lokasi: Publika, Solaris Dutamas 
    • Pertama kali menjejakkan kaki ke Publika. 
    • Pertama kali menjejakkan kaki ke Wondermilk.
    • Bukan pertama kali menikmati kek cawan Wondermilk.
    • Kerusi tinggi
    • Robot-robot kitar semula
    • Jubin-jubin.
  2. The Dillinger Escape Plan  
    • Lokasi: Publika, Solaris Dutamas
    • Kali kedua menjejakkan kaki ke Publika.
    • Pertama kali menyaksikan The Dillinger Escape Plan.
    • Bulan Mac tidak akan lengkap tanpa kehadiran mereka 
    • Khabarnya, Jenna Haze juga ada.
    • Aku rasa ramai di luar sana lebih menggemari Jenna Haze dalam bentuk DVD, avi, mp4 atau wmv.
    • Rakanku diberitakan sakit, adiknya beritahu.
  3. Cuci The Musical: Last Kopek
    • Lokasi: Istana Budaya.
    • Kali pertama ke Istana Budaya.
    • Kali pertama menonton teater berskala besar.
    • "Saya nampak Cik minum"
    • LOL bersepah-sepah.
  4. Burger Bakar Wangsa Maju (Kaw Kaw Street Burger)
    • Lokasi: Seksyen 2, Wangsa Maju
    • Pertama kali menikmati burger ini.
    • Like: Burger
    • Does not like: Longkang
  5. Lalang, Pantai Buatan dan Hujan
    • Lokasi: Kompleks Sukan Air Putrajaya
    • Bersesi fotografi.
    • Kali kedua menjejakkan kaki ke sini.
  6. Pertunjukan Belon Udara Panas
    • Lokasi: Monumen Alaf Baru, Putrajaya
    • 3 hari berturut-turut ke venue untuk cuba mendapatkan tiket menaiki belon udara panas.
    • Berjaya pada hari ketiga.
    • Persamaan matematik unggul: 360 minit = 5 minit.
    • "Akak datang dari jauh, Dik"
    • "Anak tiga orang, Dik"
    • "Seratus, Bro"
    • "Birthday mak saya, Bro"
  7. Zam-Zam dan Bercangkung
    • Lokasi: Shah Alam.
    • Makan.
    • Pedang.
    • Padang.
    • Bersesi fotografi.
  8. Merenung Matahari Tanpa Perlindungan
    • Lokasi: Empangan Batu.
    • Rakit.
    • Bersesi fotografi.
  9. Hari Lahir dan Makanan Laut
    • Lokasi: Pengkalan Balak.
    • Bau busuk bukan halangan.
    • Kucing cuba menghalang.
    • Orang kurang adab juga bukan halangan.
    • "Huh, makan minyak tu"

Friday, March 30, 2012

Entry Sebelum Tarikh

Dua kisah, dua warna. Dua insan; satu tarikh. Satu lahir dan satu kembali.


Wednesday, March 21, 2012

Kaji Bintang, Kaji Binatang

Indikator petrol menyala-nyala. Tanda tangki minta dirinya diisi. Aku turuti permintaannya. Lagipun sudah hampir 15 minit aku memanaskan punggung, berlegar-legar di kawasan pejabat di dalam kereta. Tanpa sebarang hasil. Aku keluar dan menuju ke stesen Petronas berdekatan. Sekeping not RM50 bertukar milik, tangki petrol terisi. 10 minit kemudian, aku cuba habiskannya semula dengan mencari petak letak kereta di pejabat.
  1. Adakah manusia yang dilahirkan pada tahun Monyet ada masalah dengan petak letak kereta pada tahun Naga ini? 
  2. Adakah manusia yang dilahirkan pada tahun Monyet akan berdepan dengan masalah saman atau kompaun gara-gara petak letak kereta?
  3. Adakah Monyet dan Naga pernah berkelahi dahulu?
  4. Haruskah Monyet mandi bunga?
  5. Cukup sudah dengan Monyet, Naga, Ikan dan Khinzir.
  6. Masa untuk menjadi manusia.

Wednesday, February 29, 2012

Quotes of 2012 - #3

Jangan jadi monget.
..Cikgu Lee Jong. Eh, Cikgu Lim Ah Lek. Eh eh, memoriku cuba bermain-main.
Ok, bohong.
Bukan 2012.
Sebenarnya 1994.
Ini entry tahun lompat.
Daripada monget ataupun monyet kepada monyet-monyet yang lain.


Thursday, February 23, 2012

Red Is The New, Hmm..

Otakku sarat dengan tanda eksklamasi. Mulutku ingin menzahirkan rasa kurang puas hati yang berbuku di dalam hati kepada bentuk kata-kata.

"Siot!!"

Siot? Itu sahaja yang bejaya diluahkan? Aku dikesan semakin lemah. Semakin lembut.

Lampu-lampu sekeliling Putrajaya terpasang. Malam berbackdropkan hujan renyai menambahkan darjah kesilauan. Aku pening. Hilang fokus. Hilang bearing. Aku berhentikan kereta. Lampu merah itu kurasakan menyindir. Menambahkan, membangkitkan rasa marah.

"Aku tahu hidungku merah"

Cecair putih jernih mengalir, berhenti dan kemudian mengalir semula. Menyesakkan. Putrajaya akan dibadai ribut, dilanda taufan Katrina dan angin ahmar.

Adakah approachku harus ditukar? Aku perlukan kerjasama total. Aku perlukan kau untuk sentiasa tampil sihat.

"Aku pohon kesihatan diri daripadaMu."

Tuesday, February 21, 2012

Thursday, February 16, 2012

Monday, February 13, 2012

Re-dis-connetions

Bulan Januari penuh dengan penyambungan semula. Aktiviti yang menghidupkan semula keakraban yang hilang. Menjambatankan sesuatu yang terpisah. Perutku merupakan bahagian yang paling bertuah. Aku tahu anggota tubuhku yang lain agak cemburu. Jika tidak mahu cemburu, silalah bekerja keras. Nasihatku mudah.
  1. Perutku telah bertemu semula dengan (dalam susunan rawak):
    • Ayam penyet Wong Solo.
    • Roti canai Teras Jernang. 
    • Cempedak goreng. 
    • Durian D24. 
    • Cucur udang Baharuddin.
  2. Jari-jemari:
    • Gitarku juga kembali ke pangkuan. Lantas, menggembirakan jari-jemariku. Tetapi tidaklah pula mereka tahu lagu apa yang patut dimainkan.
    • Dikesan sibuk bermain-main dengan telefon pintar mudah alih dan komputer riba.
  3. Hidung:
    •  Kembali diceroboh. Di klinik. Di Seremban.
  4. Kaki:
    • Tiada data direkodkan.
  5. Punggung:
    • Berkasih semula dengan saddle basikal.
  6. Mata:
    • Dihidangkan semula dengan kelibat Henry. Berjersi Arsenal. Menjaringkan gol. Orgasm mini untuk pasangan mata.
  7. Hati:
    • Hasil siasatan dan intipan menunjukkan bahagian ini aktif beraktiviti. Sedang menanti laporan lengkap.

Thursday, February 9, 2012

My Morning Eye Blanket

Mataku tidak mahu bekerjasama pagi ini. Walaupun selepas mengespressokan diri. Oh, tiada kerjasama direkodkan pada awal pagi tadi juga.

Friday, February 3, 2012

Keluar, Kau, Keluar

Aku bukan bercita-cita untuk menjadi seorang cult follower. Aku juga tidak memasang impian untuk menjadi ketua sebuah cult. Aku tidak mempunyai karisma seperti itu. Aku hanya punyai 'You' dan 'I'.

 
Go Outside, by Cults from Boing Boing on Vimeo.

Tuesday, January 31, 2012

Pasca Hujung Minggu

Secara tidak sedar, aku telah membuat hari mingguku baru-baru ini berasa sedih. Separa sedar, bawah sedar. Nyata minda segarku, hmm.. mempunyai mindanya tersendiri. Mengapa lagu-lagu ini yang kupilih dan kupasang? Minda sedar melontarkan cadangan. Kotakkan lagu si Ryan dan si Elliott ini. Kemudian dibakar. Dengan api neraka. Ataupun dicampakkan. Sejauh mungkin. Atau disimpan. Bersama beberapa kotak lain. Buka jika perlu. Buka apabila keadaan memaksa.

Minda sedar dan minda separa sedar mungkin tidak berlagak seperti sahabat sekarang. Seperti tidak sependapat tentang kesedihan. Tetapi aku putuskan; untuk teruskan kesedihan kerana aku gembira lagu-lagu ini dicipta.

Aku terlupa seperkara. Si Elliott sudahpun dikotakkan.

Monday, January 30, 2012

Quotes of 2012 - #1

Tak elok untuk sistem reproduktif.
..Emakku
Reaksinya terhadap darjah kelonggaran seluarku. Dan aku masih cuba menegakkan benang yang salah, ish.

Monday, January 23, 2012

A Durian New Year

Bergerak 140km/j. Lamunanku terhenti. Begitu juga misi dan perang dalam kepalaku. Telingaku dijamu dan dihiburkan kononnya oleh muzik club. Muzik malam Ahad bak kata sahabatku. Ini bukan jamuan. Ini bukan hiburan. Ini pencerobohan. Oleh decibel yang kurang ajar. Telingaku masih tidak begitu arif dalam sektor bertukar-tukar pasangan ini. Masih hijau dan sedang mencari tapak. Tetapi dia tahu menjaga diri; itu hakiki. Dia akan ke pangkal biarpun kadangkala merayau terlalu jauh.

Soalan-soalan pengisi masa terluang diajukan. Sekali-sekala. "Dah". "Aku lupalah nak call". "Aku tak cuti". Sebahagian daripada jawapan-jawapanku. Aku juga selang-selikan dengan memberi pendapat murahku kepada persoalan-persoalan yang lebih rumit sifatnya. Acap kali juga masa dipenuhi oleh bunyi-bunyian yang datang daripada sebuah telefon yang tidak pintar tetapi mudah alih. Diikuti oleh tawa miang.

"Seksilah suara dia ini, kan?" satu soalan menampakkan diri dalam kebingitan suasana yang mulai surut.
Aku terkejut sebentar. Cuba meneka siapakah yang patut menjawab soalan tersebut.
"Aah, suara Adele memang seksi." aku jawab tanda bersetuju.

Jawapan yang kuberikan itu kusertakan dengan harapan agar sistem bunyi kereta ini akan terus bertukar tenang. Aku tidak perlukan ancaman yang datang dari semua arah. Aku harus fokus.

"Tapi dia gemuk, wei" sambung sahabatku bereaksi kepada jawapanku.
"Kau tak gemuk ke?" aku tahu dia tidak mendengar. Jawapan itu menyorok di dalam kepalaku.

Tetapi mengapa persoalan itu yang timbul? Adakah sahabatku sudah pandai membaca fikiran dan bertanyakan soalan berbentuk pancingan? Aku cuba nafikan. Adakah mindaku berfungsi di luar batasan kepala dan muncul di depan khalayak? Mustahil. Aku abaikan soalan itu dan memberi fokus kepada misi awal yang berumahkan kepalaku tadi; memasangkan wajahya dengan beberapa set suara.

Oh, repeat-peat-peat-peat-peat-peat menyerang kembali. Ish.

Tuesday, January 17, 2012

#teamnurulizzah #timah #timtam

"Pakatan Rakyat sudah kenal pasti pengganti Anwar. Siapa agaknya? Hj Hadi? Lim Kit Siang? Hj Mat Sabu? Karpal? Azmin paling layak kot..." Tweet seorang ahli politik.

Segera aku bangkang. Dalam hati. Kenapa bukan Nurul Izzah? Jika Nurul Izzah dipilih menjadi suksesor ayahnya dan langsung menjadi Perdana Menteri, aku berpeluang menyaksikan konsert Radiohead. Secara percuma, mungkin. Utopianya.

Aku juga mungkin boleh beralih dan menyokong mana-mana politikus jika dia membawa Converge dan Cave In ke Malaysia. Konsert secara percuma? Ya dan mungkin yang besar.

Yang bukan utopia ialah lalang dan yang terbeli.

Monday, January 16, 2012

Quotes of 2011 - #2

Only area for improvement is confidence; needs to be more vocal rather than only letting others speak.
..The specky guy from my office
Perkara yang sama yang dibangkitkan. Sudah 5 tahun. Aku akan videokan sesi Toastmastersku nanti. Kemudian, kita ketawa bersama-sama. Jika aku ke sesi Toastmasters.

Thursday, January 12, 2012

Quikfixer

In need of a drying system.
Dadah seperti hilang fungsi hari ini.
Ok, found it.
Sebuah mekanisme ampuh.
Sekarang, kumpul keberanian.
Tadah hidung.
Dan berharap di akhir proses, hidung bakal kering kontang dan berhenti mengalir.
Tetapi aku lupa, aku juga harus fleksibel.


Wednesday, January 11, 2012

Pasca Hujung Minggu

Aku bangun pagi Ahad tiga hari lepas dengan satu misi. Membaikpulih apa yang rosak dan lusuh. Fokus utama kuberikan kepada fungsi otak yang mengawal sektor kewangan dan ekonomi. Tidak henti-henti pincang sepanjang minggu.

Aku memandu kereta 10km/j di atas had laju yang dibenarkan oleh papan tanda sekitar Putrajaya. Morning drive Ahad berbeza dengan hari-hari bekerja. Paginya masih berlagak malam.Tiada ucapan "Salam Motivasi" yang menyapa. Tiada teka-teki yang memaksaku memerah keringat otakku. Mereka digantikan dengan baris-baris kata "The metronome was wrong again" dan "Let's all underachieve". Seleksi muzik yang hmm, highly motivational. Otakku masih belum puas pincang, agaknya. Insiden 6.20 pagi tadi kembali menjelma seperti HD dan 3Dnya Transformers. Jangan cuba menutup paip air dengan menekan suis lampu.

20 minit kemudian, aku tiba ke destinasi. Tiada metamorfosis ketara di Sri Nangka. Mungkin sedikit maju dengan pekerja yang lebih ramai dan servis yang lebih pantas. Ini tempatku suatu masa dulu. Definisi sarapan pagi yang baik boleh ditemui di sini. Masa untuk reconnect. Sebelum bertungkus lumus membaikpulih fungsi otak, perut harus diisi. Sumber tenaga harus dicari. Dua keping roti canai dan segelas teh tarik sudah mencukupi untuk menjamin tidur yang bererti sekepulanganku nanti.

Monday, January 9, 2012

Mungkin Sepasang Supra

Aku terlupa tugas hari Ahadku. Pada saat aku teringatkan perkara tersebut, aku berkata "Pedulikan. Minggu depan boleh buat". Ketika itu juga aku sudah jauh menyelam lautan YouTube atau nama urbannya, CatVideos atau MaharajaLawakMegaVideos atau HowToXVideos atau CeramahPolitikVideos atau TestKeretaDanTengokSpeedometerVideos atau ParodyVidoes atau BayiComelBergaduhDenganKucingGarangSampaiBayiComelItuMenangisDicakarEmakAyahBayiItuTiadaOtakkahSehinggaMembiarkanPerkaraTersebutBerlakuDanTergamakMemuatnaikVideoItuUntukTontonanUmumVideo atau nama-nama lain yang bersesuaian dengan karektor si penonton video, sebagai alternatif membunuh masa. Signifikan dan relevannya YouTube kepada masyarakat masakini memang tak tersangkal. Mungkin lebih signifikan dan relevan jika dibandingkan dengan sebagai contoh, Anwar Ibrahim kepada rakyat Malaysia. Oh, hari ini 9 Januari. Beliau sudah dibebaskan, seperti dijangkakan. Insiden-insiden yang tidak diingini juga berlaku, seperti yang dijangkakan.

Semakin lama aku berYouTube, semakin aku berasa nostalgik. Muzik atau video muzik dalam kes ni, memang mempunyai efek tersebut. Dalam ertikata lain, aku perlu jauhkan diri daripada muzik. Macam-macam memori singgah. Kepelbagaiannya mungkin tidak seperti flora dan fauna hutan hujan tetapi sudah cukup untuk membelukarkan kepala.
  1. Untukmu dendangan kumpulan Feminin mengingatkanku tentang peristiwa mengkoktelkan Coke dengan kicap. Koktel tersebut dibuatkan khas untuk seorang teman baik di sebuah kedai makan. Kami gelak. Kami ketawa. Modal gelak dan modal ketawa masa akan datang.
  2. Tamparan Wanita nyanyian kumpulan Elite pula mengembalikan saat aku menampar seorang rakan sambil menyanyikan rangkap "Rasakan kuasa, tamparan wanita". Maka, terciptalah sebuah permainan sempena lagu tersebut. Aku dan kawan-kawanku akan mencari mangsa untuk ditampar saat rangkap "Rasakan kuasa, tamparan wanita" dinyanyikan. 
  3. Keseluruhan lagu album Vs, Pearl Jam mengimbau kenangan dipau RM5. Sejurus selepas aku selesai bertransaksi di sebuah kedai kaset, aku didatangi 3 lelaki. Hanya beberapa langkah dari muka pintu selepas aku beranjak keluar dari kedai berkenaan. Suspek-suspek memang kukenali. Rakan-rakan sekolah. Gemuk dan agak hitam, hitam dan juga hitam. Mereka lapar agaknya. Mereka bernasib baik aku tidak melaporkan kejadian itu pada pihak polis atau sekolah. Oh, salah seorang pengepau itu anak seorang pegawai polis. So, pointless.
Lagu yang bakal menjadi lagu tema apabila aku cuba berjalan di atas air. Aku masih belum memutuskan kasut apa yang bakal kupakai.


Thursday, January 5, 2012

(Anti) Quotes of 2011 - #1

Happy people are kind of.. arrogant.
..The specky guy from The Office
Ok, kau dibenarkan berkata sedemikian sebelum bibir kau bersentuhan dengan bibir Liv Tyler.

Tuesday, January 3, 2012

Kambing Yang Tidak Mahu Pergi

Shoo. Shoo.
Sila keluar dari ruang lingkup kepalaku. Setiap sentimeter menolak, setiap milimeter bergolak. Selena Gomez, tolonglah keluar. Aku tidak mahu seorang gadis yang ada kaitan dengan Justin Bieber menyanyi di dalam kepalaku. Pada awal pagi begini. Aku tidak mahu rangkap 'I, I love you like a lovesong, baby' bermaharajalela dan meragut sisa-sisa anti-penubuhan dalam diriku.
Inilah padah beradio 2 hari berturut-turut. Inilah kesan dan pengaruh radio dalam mengarus perdanakan pendengar. Ataupun adakah ini masanya untuk berkaraoke?
Mungkin ini ialah toleransi.
Tidak perlu pertumpahan darah.
Jangan jadi sebahagian daripada masalah.
Repeat-peat-peat-peat-peat.