"Fatin. Oh, Fatin. Ekau baghu lopeh makan ko?" Panggil dan tanya nenekku.
"Iyo, Wan." Jawabku sambil membasuh pinggan.
Saturday, December 31, 2011
Friday, December 23, 2011
Promise Ring
"Aku berjanji akan menulis semula; dengan lebih giat. Bermula pada 1 Januari 2012." Ikrarku sambil meludah ke tapak tangan kanan.
Sekarang, cari mangsa untuk berjabat tangan.

Wednesday, December 21, 2011
21/12/2011 - Happy Birthday, Jannah. Happy Birthday, Adik. Happy Birthday, Sob
Aku menjadi mangsa penculikan semalam. Ok, aku rephrase. Aku menawarkan diri untuk menjadi mangsa penculikan. Aku dapat rasakan rasa mengantuk memarahiku. Mengamuk. Jam menunjukkan pukul 11.15 pagi dan aku masih belum tidur. Aku pulang lewat kerana meLin Dankan diri, eh meJalani Sidekkan diri selepas selesai bekerja. Kenapa Jalani Sidek? Ceritanya sedang laris sekarang. Ok, tiada signifikan. Tak mengapa. Berbalik kepada rasa mengantukku. Aku tuan punya diri. Kau kutentang dan aku ke Bangsar. Untuk meraikan hari lahir sahabat baikku bersama dua lagi sahabat baik. Panggilan telefon tadi aku alu-alukan.
Kami bertukar-tukar cerita, berkongsi a few LOL moments dan menjadikan satu ceruk di Bangsar Shopping Centre itu seperti Tampin. Tempat kami membesar.
Ada cerita terjatuh dari platform pelantar minyak. Gila. Free fall. Syukur, nyawanya masih panjang. Jika tidak, aku akan kehilangan seorang lagi rakan baik merangkap sumber humor dan gelak ketawa. Dan dia bakal bertunang Krismas ini. Mujur testisnya tidak pecah, bak kata doktor yang merawatnya selepas kejadian. F**k balls (Deb, pinjam line itu sebentar).
Ada cerita sibuk bermain golf. Hayun sana, hayun sini. Kelab sana, kelab sini. Driving range sana, driving range sini. Dia memang berbakat dalam permainan hayun menghayun. Tenis, ping pong dan kini golf. Tetapi dia bukan mangkuk hayun dan ini sambutan hari lahirnya.
Ada cerita berperang dengan pasangan dan mencari pasangan. Selain berkonfrontasi dengan pasangan, dia juga berperang dengan ketumbit.
Bangkit semula cerita hendak ke Jakarta dan London bersama-sama. Koh Samui, Koh Pha Ngan (aku menyebutnya sambil meniru gaya Klaxons dalam Magick), Krabi, Phuket. Hong Kong Disneyland, Universal Studio Singapore.
Ceritaku? Aku juga sibuk berperang. Memerangi amarah mengantukku. Aku juga sibuk. Sibuk menghabiskan steak well doneku. Well done, budak pincang.
Aku rasakan hidupku kini sedikit bosan. Kerja, tidur, Dexter, American Horror Story, the occasional movies. Kini, Dexter dan American Horror Story sudahpun tamat musim masing-masing. Bertambah bosan mungkin? Dengan kawan-kawan sebegini, sepatutnya hidupku tidak bosan dan pandangan itu harus kutukar. Mungkin aku perlu lebih aktif dan bukan sekadar menunggu 'that phone call'. Gagahkan diri, lari daripada rutin. Perkara-perkara sebegini seharusnya lebih kerap terjadi.
Mengantuk? Aku boleh tidur di pejabat.
Sekarang aku harus top up. Ya, aku masih seorang pengguna khidmat pra-bayar.
Teringin minum cendol di Koh Sebang. Lama tak menjejakkan kaki di tempat eksotik itu.

Subscribe to:
Posts (Atom)