Thursday, June 16, 2011

Over

  1. Katy Perry.
  2. Ikan pari masak sambal di Uptown Damansara.
  3. Pasukan bolasepak Kelantan.
  4. Spekulasi Cesc Fabregas akan ke Barcelona.
  5. Mengutuk kerajaan.
  6. Radiohead.
  7. Blackberry.
  8. Kapten Jack Sparrow.
  9. Twitter.
  10. Gimnasium, six packs dan tubuh gagah perkasa.
  11. Menjadi terkenal dan berkuasa.
  12. Penjawat awam wanita di Putrajaya.
  13. Tidak lama lagi, Angry Birds.
Entry ini ditulis dengan hati dan jari berat kecuali #3, #5 dan satu per tiga daripada #10.

Wednesday, June 8, 2011

Kuantan: Bakal Kota Mutan

  1. Pagi itu bermula awal; untuk hari Ahad. Aku akan menuju ke Kuantan, bakal kota mutan. 
  2. KUANTAN = Kota Untuk ANak muTAN. Ok, tidak cool.
  3. Perjalanan menaiki bas Jabatan Imigresen.
  4. Dengan bantuan kuasa Mystique, aku mampu menyesuaikan diri dengan kalangan anggota Imigresen. Ok, tidak benar.
  5. 70% masa di dalam bas aku habiskan dengan tidur.
  6. Menyahut panggilan alam semulajadi di tepian highway. Di antara pokok-pokok dan belukar. Terima kasih kerana memahami.
  7. Disambut dengan senyuman manis setibanya aku di dalam bas semula.
  8. Tahniah ex-housemateku, Fazli dan isteri.
  9. Tidak dapat menikmati pantai Cherating.
  10. Rindu kelekitan air laut dan udara pantai.
  11. Keropok lekor menjadi buah tangan.
  12. Kesesakan sana sini.
  13. Nasib baik aku bukan pemandu.

Wednesday, June 1, 2011

Hujan Pagi Jun

  1. Konflik bersepah-sepah. 
  2. Kenapa baju-baju aku tidak tiba lagi?
  3. Musim BPL, La Liga dan Bundesliga sudah tamat. Masa untuk bersosial pada hari minggu?
  4. 1 Jun 2011. Terima kasih Kerajaan! Saya akan mengundi, jangan khuatir.
  5. 1 Jun 2011. Happy birthday Dol. Atau Lah di kalangan wanita.
  6. Mahu penuhi undangan kahwin rakan-rakan.
  7. Mahu beli tali gitar.
  8. Mahu beli amplifier untuk gitar.
  9. Mahu beli efek untuk gitar.
  10. Mahu beli basikal baru.
  11. Mahu beli itu, mahu beli ini.
  12. Akhirnya, semua tidak dibeli.
  13. Mahu ke Singapura, ke konsert Two Door Cinema Club.