Thursday, September 30, 2010

Sakit. Sakit. Sakit

Pejabat diserang batuk kering. Huhu.
Teringat P.Ramlee.
Teringat The Bollocks.
Teringat Chaos KP.
Teringat bas Eng Giap.

Thursday, September 23, 2010

Pasca Aidil Fitri

Ber'potluck' di pejabat sempena Aidil Fitri Jumaat lepas.
Pelbagai jenis makanan disediakan.
Masakan lokal, Thai, Korea, Barat, Cina, fusion lokal-barat, fusion Thai-barat, fusion lokal-Korea dan lain-lain.
1 Malaysia? 1 Pejabat? 1 Sayap? 1 Akaun?
Berpakaian tradisional ke pejabat.
Lengkap bersamping dan bersongkok.
Seperti penjawat awam.

Sempena memakai Dr. Martens ke pejabat hari ini:

Monday, September 13, 2010

Bukumuka

4 Syawal 1431.
Selain daripada kemunculan selebriti Facebook lokal terbaru, Katy Lim Li Lian, tiada apa yang menarik berlaku.
Eh, terbarukah?
3 hari sudah berlalu dengan agak jayanya.
Masih menerima soalan-soalan yang biasa diajukan kepada lelaki bujang berumur 30 tahun.
Tetapi atas bantuan teknologi, soalan kini bukan sahaja hadir dalam bentuk lisan.
Terima kasih, Facebook. Huhu.
Esok mula bekerja.

Thursday, September 9, 2010

Syawal dan Api

Hari terahkir berpuasa.
Esok bermulalah Syawal.

Sudah diberitahu apa yang bakal menanti ketibaanku di kampung.
Tingkap, longkang, lantai, rumput kering, pintu, sliding doors.

Memang kerjaku.
Tidur 5 jam.

"Abang! Bakar sampah."
Aku memang menggemari api.
Parut di kaki dan lututku boleh dipanggil menjadi saksi.
"Longgokan rumput di depan dan belakang rumah! Kamu harus bersedia."
"Mana lighter? Mana mancis?"
 Sukar menjadi bekas perokok apabila berdepan situasi begini.

Sekarang?!
Perlu berehat sambil mendengar lagu Kurniaan Di Hari Raya dendangan kumpulan hebat, Feminin.
Lemang dan rendang, boleh tunggu sebentar.

Tuesday, September 7, 2010

Why Should We Buy..

Semalam.
Hari libur.
Maraton DVD.
Kurang menarik, secara keseluruhannya,
Tiada Popular Mechanics For Lovers seperti sesi terdahulu.
Detik emas pun mungkin Maggie Q.

Seperkara tertinggal dalam To Do Listku.
Terlepas pandang.
Terlupa.
Aku memandu selama sebulan sepuluh hari tanpa lesen memandu yang sah.
Ish.

Saturday, September 4, 2010

Mengkehendaki Apa Yang Diperlukan Oleh Kemahuan

Aku tidak siapkan satu checklist untuk Hari Raya.
Tak mengapa.
Semua itu sudah tertatu dalam ingatan.
In random order:
  1. Songkok.
  2. Samping.
  3. Bold 9700.
  4. Tayar kereta.
  5. Sport rims (bukan untuk keretaku).
  6. Sepasang jeans.
  7. DVD untuk membunuh masa ketika bercuti Hari Raya.
  8. Rambut baru.
  9. Bunuh Justin Bieber.
  10. Dapatkan nombor telefon Rosie Huntington-Whiteley.
  11. Fix my two wheeler.
  12. Kemas bilik.
  13. Ponteng kerja.
 Eh, keperluan atau kehendak?

Oksigen dirasakan berkurangan.
Sejak akhir-akhir ini.
Pemanasan lokal.
Oh, mungkin kerana pokok-pokok di kawasan ini sudah dicantas, dipotong dahannya.
Terima kasih, Putrajaya.

No more Danau Kota next year.
Aku bukan ke sana untuk mengkaji kepelbagaian bau ketiak manusia.

Friday, September 3, 2010

Checklist

1 Syawal menjelang.
Satu minggu dari sekarang.
Persiapan seperti biasa.
Seperti tahun-tahun sudah.
Minimal.
Masih perlu membeli-belah. Sedikit.
Merasai kemeriahan di Jalan Tunku Abdul Rahman.
Mahu menjadi seorang last minute shopper seperti Birmingham City dan Tottenham Hotspurs.