Friday, July 30, 2010

Hitam Putih.. Sedikit Pink

Sudah bermode 'Hari Minggu'.
Satu rancangan yang sudah lama direncanakan terpaksa dibatalkan.
Tak mengapa.
Katy Perry bukan bahan penting.
Mahupun Wondergirls.
Mahupun gadis-gadis yang berada di sana esok.

Masih belum menonton Inception.

Masih belum membaiki two wheelerku.

Masih belum berani.

Masih belum itu.

Masih belum ini.

Terlalu banyak 'belum' untuk disenaraikan.
Mahu menyenarai hitamkan diri sendiri.
Eh?!

Friday, July 23, 2010

Wednesday, July 21, 2010

Sosialisasi Terbatas

Ada sesuatu tentang asap rokok di ruang yang agak tertutup yang membuatkanku ingin merokok semula.
Ish.

Tuesday, July 13, 2010

How Do I Say Cute In Korean?

Suasana kembali tenang, aman, harmoni dan bertamadun.
Yang tinggal hanyalah jersi, bendera, jadual dan keputusan perlawanan yang masih tergantung dan tertampal; menghiasi ruang lingkup pejabat.
Katanya ada habuan RM1000 untuk hiasan terbaik dan tercantik.
Tiada pizza, tiada KFC, tiada botol Pepsi, tiada sampah. Maka, tiada RM1000. Agaknya.
Tiada lagi perbualan antara pundit-pundit tentang perlawanan semalam atau esoknya di kafeteria tingkat 3.
Tiada lagi kelibat bookie berjalan mengelilingi kawasan pejabat untuk mencari sesuap nasi.
Tiada lagi kisah Paul yang betul dan Mani yang salah.
Tidak lagi kedengaran pertelingkahan antara kaum Inggeris, kaum Itali dan pembenci kaum Inggeris dan Itali.
Tidak lagi kelihatan gadis Korea yang beramai-ramai menyarung jersi pasukan kebangsaan mereka. Gwi yeo weo!!

Sepanyol ialah pasukan terunggul dunia.
Menafikan peluang dan harapan Belanda menerusi gol tunggal sumbangan Andres Iniesta hasil assist Cesc Fabregas.

Aku juga harus meniadakan beberapa perkara.
Agar lancar, agar licin.

Gambar yang tidak patut

Sunday, July 11, 2010

Can I Scream?

Aku bangun hari ini dengan sedikit perasaan memberontak.
Malas untuk menghadirkan diri ke pejabat.
Masa untuk tidur yang enak dan lama tidak dapat dilaksanakan.

Jerman memenangi perlawanan, lantas muncul pasukan ketiga terbaik Piala Dunia edisi kali ini.
Uruguay tumpas 2-3; but kudos to them.
Soalan: Pernah terfikir apa yang akan berlaku jika Forlan kekal di Manchester dan bermain di samping Rooney?
Jawapan: Mereka akan menjadi pemenang bersama Anugerah Pemain Terhodoh Piala Dunia Afrika Selatan.

Bermode 90's hardcore sejak kebelakangan ini.
Aku menggunakan kesempatan itu untuk menyalahgunakan kemudahan di pejabat.
Dan hasilnya walaupun tidak seberapa ialah Worlds Collide, Inside Out, Refused, Abhinanda, Straighedge As F*ck dan err, Better Than Ezra.
Terima kasih, bolehkah aku menjerit?

Friday, July 9, 2010

My Name Is Jennifer, Please Take My Hand

Hmm, first we have Paul the Octopus.
Now, we have Mani the Parakeet.
So, what's next? Sornpot the Elephant? Coco the Hot Chick(hen)? Awang the Arowana?

Mengapa aku selalu terasa aura kejahatan berada di sekeliling setiap kali mendengar Black Sabbath? Ish.

Thursday, July 8, 2010

Terkini

Sepanyol menundukkan Jerman 1-0 awal pagi semalam hasil tandukan peluru Carles Puyol.
Kesan: Populasi sotong kurita seluruh dunia jatuh mendadak dan menjejaskan sistem ekologi marin.

Wednesday, July 7, 2010

The Matrix dan Paul Si Sotong

Kembali berada di kota bernilai RM11.8 billion, mengikut satu laporan.
Hujan, sejak kebelakangan ini.
Tiada aktiviti berbasikal.
Adakah kawasan ini kawasan aktif kilat dan petir?
Isk.

Holland menumpaskan Uruguay 3-2 dalam aksi separuh akhir Piala Dunia semalam.
Terima kasih ATHDE.Net.
Bekerja dengan penuh emosi pagi tadi.

Si Octopus Paul memilih Sepanyol untuk mengungguli separuh akhir kedua pagi ini.
Kenapa bukan Jerman?
So, the eight-legged oracle has spoken.
Tidak perlu berhempas pulas mengganggu tidur hari ini.

Monday, July 5, 2010

2008

Pagi di kampung halaman.
Keadaan aman, damai, sejahtera.
Tiada konfrontasi dengan pihak primat.

Rafael Nadal memenangi Kejohanan Wimbledon semalam.
Tanda Sepanyol bakal menjulang Piala Dunia?

Mahu makan kuih udang Alor Gajah.
Perlu mengelakkan diri daripada menjadi internet whore.

Sunday, July 4, 2010

Oi, Oi. Bogel. Tak Tentu

Hari minggu di kampung halaman.
Masa untuk menggantikan waktu tidur yang terlepas.
Plus, hujan.
Hujan = Tidur.

Jerman menewaskan Argentina, 4-0.
Kesan: Tiada adegan berlari bogel Diego Maradona di Buenos Aires.

Paraguay kecundang 0-1 kepada Sepanyol.
Kesan: Tiada adegan berbogal Larissa Riquelme.

Aku akan bercuti esok.
4th of July.
Yahoo kot.