Wednesday, June 30, 2010

Some People Say Who Gives A Damn What They Say

Semalam.
Hari Benci Wanita.
Hmm, mungkin Hari Benci 'perkara yang lain' sebenarnya.
Masih memerlukan penelitian.

Hari ini.
The lady with the kinky, leather (maybe pvc) skirt returns.
Huhu.
Only the lady.
Not the skirt.
Luckily.

Masih berada dalam mode 90an.

Friday, June 25, 2010

Chin Up

Bermoral sifar hari ini.
Akhirnya.
Harapan dan konspirasinya.
Masih bukan kerana Itali.
Hmm, mungkin ada sedikit kaitan dengan Itali.
Perkara-perkara mengganggu tidur mesti dihapuskan.
Kembali pada asal.
Abaikan semua.

Thursday, June 24, 2010

Wednesday, June 23, 2010

Tuesday, Wednesday Break My Heart

Moral jatuh ke tahap hampir sifar.
Bukan kerana Itali.

Sesi karaoke semalam was hmm, nice.
Peterporn, Peterporn.

Piala Dunia kali ini agak membosankan.
Chile, sila beri tunjuk ajar kepada Sepanyol.
Slovenia, pada England pula.

Oo, harus beli minyak kelapa muda.
Pembetulan. Minyak kelapa dara.

Sunday, June 6, 2010

Cinta, Sahabat, Isteri dan Signal

Pagi di kampung halaman. Hari minggu di kampung halaman. Alhamdulillah dan syukur kupanjatkan kerana tiada kejadian mencuri kabel berlaku. Pencuri-pencuri kabel mungkin sibuk dengan persiapan kenduri kahwin.

Hmm. Sempat menghadiri sebuah majlis perkahwinan semalam. Rakanku di kolej. Berlaku insiden "Who Wears It Better" ketika berada di sana. Padah memakai kemeja Topman. Menyesal tidak memakai jersi.



Banyak kejadian pemandu-pemandu hebat Malaysia tidak memberi isyarat atau signal ke kiri atau kanan ketika ingin membelok atau menukar laluan sepanjang minggu. Aku tahu mereka semua Aryton Senna. Yang wanita mungkin Danica Patrick. Dicadangkan supaya Kempen Memberi Signal diadakan.

Friday, June 4, 2010

"Thank you so much once more and always remember: You'll never walk alone."

Pagi di kampung halaman. Hari ini bangun sedikit lewat. Jika tidak dikejutkan oleh panggilan telefon daripada seorang rakan sepejabat, aku mungkin terlepas tugas Tok Siakku.

Pagi yang agak panas. Kubuka pintu hadapan rumah. Kulihat sepasang burung gembala kerbau sedang mengejar mengkarung di halaman rumah. Heavy breakfast. Aku sekadar bersarapan roti, segelas Milo dan berita yang menyatakan bahawa Rafael Benitez telah meninggalkan Liverpool. Penggantinya? O'Neill? Hodgson? Dalglish? Wenger? Huhu. RM10 untuk Hodgson.

Wednesday, June 2, 2010

One-man Army

Pagi di kampung halaman. Bangun tidurku awal. Hari ini sah aku menjadi suri rumah. Keluar membeli sarapan, membasuh dan menyidai pakaian, menyapu halaman rumah, memasak dan berperang dengan primat. Spesis kera; nama saintifiknya pemunggah dan pemusnah tong sampah. Konfrontasi ini memang sudah lama berlaku. Mungkin tidak selama konfrontasi Korea Selatan - Korea Utara atau sekronik Israel - Palestin. Tetapi sudah cukup menyusahkan sehingga bekalan senjata harus dan sudahpun diperolehi.

Aku tidak memandang enteng keupayaan musuhku ini. Mempunyai pasukan recon, berpanglima perang yang garang dan menyerang dalam kumpulan yang besar dan kadang-kala secara gerilla. Sekarang, di manakah ayahku meletakkan semua mercun bola itu?

Tuesday, June 1, 2010

World No Tobacco Day (Semalam)

Pagi di kampung halaman. Bersarapan juga ala kampung. Nasi lemak, telur mata kerbau, segelas Milo and segelas jus tembikai.

Tidak menyangka harga Harian Metro ialah RM1.50. Harga sebungkus lagi nasi lemak bertelur mata kerbau. Ish.

Keluar ke bandar Tampin. Bekas kampung halaman. Gunung Datuk masih dibaluti kabus. Rumput dan lalang di tepi jalan raya masih berembun. Suhu di sini saling tidak tumpah dengan suhu maksimum di London pada musim panas tahun lepas.