Monday, May 31, 2010

One King Down. Hmm, A Few More To Go

Hari minggu tamat. Segala kecederaan psikologi yang diharapkan terubat, tidak menjadi kenyataan. Malah, makin bertambah secara kuadratik.

Soalan-soalan Hari Ini:
"Seorang je?"
"Mane orang rumah?"

Ada beberapa soalan yang boleh dikatalogkan bersama tetapi aku tidak mahu menulisnya di sini. Aku tidak mahu menjadi riak atau dilihat sebagai insan yang takbur.

Walau apapun, aku masih gembira kerana dapat berjumpa rakan-rakan lama. Dan yang paling utama, menghabiskan masa berkualiti bersama-sama famili dalam kesesakan trafik di Lebuh Raya Plus kawasan Seremban. Lagi.

Saturday, May 29, 2010

Your Anger is a Gift

11.39 - Plaza Tol Kajang.
12.39 - Plaza Tol Nilai pun belum tiba lagi.

Kaki bekerja secara ekstra. Dijamu jam di Plus Highway. Ish, ketika ini memang terasa mahu membeli kereta baru bergear automatik. Kereta yang dipacu 100km/j tadi kini merangkak 5-10km/j. Sebelum sempat melemparkan maki hamun tiada makna, aku terus mendengar IKIM.fm. Kemarahan mulai surut dan kata-kata Zack de la Rocha yang memenuhi otakku tadi terhapus secara berkala.

p.s Memikirkan skala kemarahan rakyat Malaysia jika benar kadar tol akan dinaikkan 10-67% seperti disarankan oleh Datuk Seri Idris Jala.

Wednesday, May 26, 2010

Period?

Tercedera aku secara psikologi. Tak mengapa. Gaji dah masuk!

Tuesday, May 18, 2010

Jumaat, Sabtu dan Ahad. Pagi Isnin

  1. Masih ada saat manis dalam kejohanan Piala Thomas dan Uber kali ini; Disajikan oleh Edleen Ismail.
  2. Sebab-sebab bercita-cita menjadi Lin Dan terbukti.
  3. Penyokong Malaysia memang penyokong terbaik.
  4. Li Yongbo: Gangster dunia badminton.
  5. "Dia tidak membuka bajunya hari ini."
  6. "Nak kata tiada tali, ada tali Dato'"
  7. Gadis-gadis berkeyakinan tinggi melekatkan sticker 'Awek Inside' pada kereta mereka.
  8. Tiada spot question ketika kenduri.
  9. Sekumpulan kecil pemuda kampungku kini mempunyai pekerjaan tetap; Mencuri kabel TM.
  10. Jagielka? Suka, suka.
  11. Buffon? Lagi suka.
  12. Xavi Hernandez, sila senyap.
  13. 10 - 11, sekadar fantasi.

Friday, May 7, 2010

Pra Hujung Minggu

Shai Hulud, Bane dan Copeland. Line up seperti akan berlakunya pengalaman orgasmik berangkai tiga.