- Aku mempunyai fobia terhadap tarian singa ketika kecil. Walaupun berfobia tetapi aku masih 'berani' keluar untuk menyaksikan tarian singa di luar rumah sebelum menyerahkan diri kepada ketakutan dan menyorok di bawah kereta ayahku. Aku tidak menjalani sebarang bentuk terapi untuk memulihkan fobiaku ini.
- Aku akan menutup pusat setiap kali melalui kawasan jirat Cina atau kawasan perkuburan Kristian dan Hindu.
- Aku tidak memakai apa jua bentuk barangan Adidas atau Nike atau Crocs atau Guess ketika masih kecil.
- Aku takut kepada perigi. Kalau jatuh siapa yang tarik aku naik? Kalau ada ular? Horror, ish.
- Aku tidak berbakat dalam permainan snooker atau pool ketika kecil. Dan ketiadaan bakat itu masih kekal bersamaku hingga saat ini.
- Motto hidupku hingga berumur 12 tahun: "Gaban Z potong dua"
- Aku suka pergi ke perpustakaan. Di hadapan perpustakaan ada parit. Di dalam parit ada ikan. Aku suka menangkap ikan.
- Pernah cuba untuk bermain Nintendo. Oleh sebab aku tidak tahu bagaimana nak menghidupkan Nintendo tersebut, aku batalkan percubaan. Malu bertanya sesat jalan. Aku orang yang sesat.
- Pernah cedera di beberapa bahagian tubuh ketika bermain konda kondi secara profesional. Perempuan ketika kecil memang ganas tapi masih kuat menangis.
- Galah hadang = Belon.
- Pelik kenapa jiran-jiran Cina panggil aku Ah Jun.
- No. 11 memang kisah benar.
- Aku tak tahu apa itu racism, fascism, straight edge dan vegan. Perkataan-perkataan tersebut tak pernah muncul dalam Sesame Street. Count Dracula itu cool. Dia mengajar aku mengira.
Tuesday, February 16, 2010
Facebook, Facebook
Rakan-rakan Facebook sibuk menampilkan gambar ketika masih kanak-kanak sebagai profile picture. Huhu, cute barangkali. Zaman tanpa jerawat, parut jerawat, jeragat, kesan tegang suntikan botox, masih berambut di depan dan tengah. Zaman tanpa masalah (mungkin hanya masalah kencing malam, takutkan entiti, fobia tarian singa, jiran sebaya yang tidak membenarkan bermain guli dan layang-layang bersama mereka). Zaman tanpa girlfriend atau boyfriend (skandal mungkin normal). Zaman merengek meminta emak belikan Starcom tetapi tak berjaya.
Friday, February 12, 2010
Pra Tahun Baru Cina / Valentine / Hari Lahir Adikku
- Selamat tinggal kehidupan kerja pada siang hari
- Masa untuk menukar suit dan kereta.
- Selamat tinggal fantasi gadis Indonesia berheadset dan selamat datang hmm.. abaikan.
- Favourite baru; nasi lemak sambal hati.
- Bekerja pada Tahun Baru Cina; Hooray!!
- Masih tidak boleh bermain badminton. Tak mengapa. Lin Dan pun cedera juga.
- Kedatangan weekend yang tidak dinanti-nanti.
- Dunia ini benar-benar kecil tetapi kenapa aku masih tidak dapat menjejakkan kaki ke Kanada atau Argentina atau New Zealand atau Afrika Selatan atau Jordan?
- Aku rasa Almunia itu bersifat dan berfikiran minimalis. Lihat aksinya melihat sahaja kecantikan sepakan percuma Drogba?
- Galacticos Football ialah ciptaan syaitan untuk melalaikan manusia. I'm one of the Lalais.
- Musim kemarau; dalam segala segi. Satu lagi musim kemarau di Negeri Sembilan?
- Kompleks bangunan 4 blok; tetapi hanya ada satu laluan masuk ke basement yang lebarnya kurang daripada 3 meter. Manusia, logik akal dan common sense. Sentiasa berkonflik dan tidak selari.
- ..
Tuesday, February 2, 2010
Amarants
- Jangan sesekali cuba untuk bermain badminton ketika bergelut dengan rasa kantuk yang kronik. Padahnya mungkin buruk. Memang buruk untuk aku. Cita-cita untuk menjadi Lin Dan menemui stumbling block pertama.
- Medical leave pertama tahun ini. Kaki terseliuh. Dipreskripsikan painkiller bermutu baik.
- Natijahnya, tidak pulang ke kampung. Akibatnya, terpaksa membasuh pakaian sendiri.
- Tidak mahu bercerita tentang perlawanan Ahad lepas. Kematian Almunia memang tidak dapat dielakkan lagi.
- Lagu Beautiful Ones memang seronok dikaraokekan. Almunia bukan tergolong dalam kelompok 'beautiful' dalam apa jua bentuk dan segi.
- Menerima berita kurang memberangsangkan daripada sahabatku. Perlu mula bersenam dan beriadah lebih giat kerana..
- diameter perut dikesan bertambah.
- Apa kaitan dengan Orlando Bloom?
- Selain kelas CCNA dan ITIL, pihak berkuasa office juga patut mempunyai inisiatif untuk mengadakan kelas penggunaan tandas. Ada segelintir pekerja tidak terlatih dalam penggunaan tandas. Aku menghalang diri daripada menggunakan imaginasi dan membayangkan keadaan tandas atau bilik air rumah mereka yang tidak toilet trained ini.
- Meneruskan kesinambungan tema sukan dan latihan, lagu kegemaran minggu ini ialah Song Away dendangan Hockey.
- Jangan sibuk melayani Summer Transfer Window dan berbelanja berlebihan sehingga lupa pagi itu harus bekerja. Tidur malam tiada galang ganti.
- Entry ini ditulis dalam keadaan mengantuk, kekurangan nikotin, tar dan tidak lupa juga kasih sayang.
- Melepak sekarang kehilangan sedikit signifikan. Darjah keseronokannya berkurangan 50%, tahap kebosanan melepak bertambah 50% dan natijahnya, aku merasakan diri aku lebih membosankan dan makin tidak signifikan.
Subscribe to:
Posts (Atom)