Thursday, January 21, 2010

Darn Rants

  1. Dalam proses meninggalkan satu tabiat buruk tetapi satu tabiat buruk yang baru pula lahir. Hmm.
  2. Green is my new grey. Hmm, go green?
  3. Apa beza grey dengan gray?
  4. Phrase of the week: "Bukan dapat bonus pun"
  5. Suka Use Somebody versi Bat For Lashes.
  6. Masih mencari signature style. Mangsa pertama tetap Manuel Mangkuk Almunia.
  7. Cita-cita untuk menjadi Lin Dan sedikit terbantut. Tiada latihan untuk minggu ini. Dan minggu hadapan, mungkin.
  8. Mencari identiti SkyNet News Asia. Jangan percaya email yang dibaca. Dan jangan sebarkan.
  9. Ada 2 projek baik weekend ini. Sekarang, aku tunggu.Apa yang kau patut lakukan apabila Riquelme, Van Der Vaart, Canales dan Aimar berada dalam satu pasukan?
  10. MARA oh MARA.
  11. Baju Radiohead aku mengecil.
  12. Adakah aku membesar?
  13. Mungkinkah aku terlambat?

Monday, January 18, 2010

Mayonaise, extra

Aku bangun pagi ini dengan hati yang boleh dikategorikan sebagai gembira. Aku ke dapur. Karipap dan pau goreng sudah tersedia. Aku sediakan lagi 2 keping roti canai segera untuk santapan mulut dan perut. Ditambah dengan segelas Nescafe, sedikit mayonaise dan Maria Kirilenko di saluran 813; pagi Isninku memang bermula indah. Aku teringin makan burger Seksyen 15, isk.

Tuesday, January 12, 2010

Tireless Midfielder

Kembali menceburkan diri dalam bidang pengurusan. Tidak mengharapkan makan atau tidur yang cukup untuk 2 bulan pertama.

Monday, January 11, 2010

Pasca Hari Minggu

Hujung minggu yang lepas membawa aku meneroka dan mengenali alam baru.
  1. Membasuh pakaian menggunakan mesin basuh separa automatik. Selepas pengalaman tersebut, aku bersedia untuk memikirkan penggunaan kuasa tangan 100% sebagai alternatif.
  2. Jam tanganku menggunakan 3 biji bateri untuk beroperasi sepenuhnya. ??
  3. Menonton AJL dari mula hingga akhir.
  4. On a bad day, her laughter can be so annoying.
  5. Kerjaya dalam bidang bunuh-membunuh; major dalam pembunuhan bersiri pemain bola sepak. Masih mencari signature style. Mangsa pertama sudah lama dikenalpasti; Manuel Almunia.

Monday, January 4, 2010

Tahun Baru, 2010 Datang Dengan..

  1. ...sekumpulan jiran yang giat berlatih untuk ujibakat Jangan Lupa Lirik. Aku dah tak mampu hendak mengutuk kelunakan dan kemerduan suara mereka.
  2. ...hidangan 4 roti canai segera dan 10 popiah segera.
  3. ...marathon 5 DVD. Baru sekarang aku memahami segala hype tentang Sienna Miller. Ataupun dia sudah tidak hype sekarang? Mataku rabun ketika menonton Factory Girl dan Layer Cake lama dulu.
  4. ...kemenangan ke atas 2-1 ke atas West Ham dalam perlawanan pusingan ketiga Piala FA. Kasihan Zola. Kekalahan sebuah pasukan dari Manchester di tangan Leeds United. Hidup Kewell! Eh, Viduka. Woodgate. Smith. Ferdinand. Bowyer. Robinson. Cantona. Batty. Hmm. Keputusan seri 1-1 antara kelab bolasepak Liverpool dengan kelab Membaca. Chelsea?
  5. ...ketidaktentuan dan ketidakpastian.
  6. ...lagi ketidaktentuan dan ketidakpastian.
  7. ...banyak berita gembira pada bulan Mei nanti; mungkin. Perlu berdoa banyak-banyak.
  8. ...kekurangan azam dan semangat.
  9. ...menonton Avatar kerana ketiadaan kerja di office. Kami memang produktif.
  10. ...cita-cita untuk menjadi Lin Dan.
  11. ...cita-cita untuk membawa pulang pingat emas Sukan Asia atau Sukan Komanwel.
  12. ...bilik baru, pemandangan baru, jiran-jiran baru, wajah-wajah baru, sikap dan perangai lama.
  13. ...harapan pasportku bakal bercop baru.