Friday, December 31, 2010

Dah Sejuk Dah?

Tahun baru menjelang.
Selamat tinggal.
2010.
.........
Resolusi?
Impian?

Tuesday, December 28, 2010

Friday, December 10, 2010

Mimpi, Mimpi

Basah
Tiada data.

Grunge
Lokasi: Pejabat
Aktiviti: Ber'youtube' dengan Silverchair.

Agak komprehensif. Agak holistik.
Signifikannya?

Entry yang tidak memperkasakan diri.
Langsung.
Selamat Hari Hak Asasi Manusia.

Baik - Buruk

Bermula dengan serangan sinusitis.
Disusuli dengan dua keping roti canai.
Di terminal.
'Pink' tiba.
'Halo. Halo'.
Ryan Reynolds dan Scarlett Johansson mahu bercerai.
*Berkira-kira untuk berdating semula.
My. Good shit.

Erk.
Serangan sinusitis = shit.

Wednesday, December 8, 2010

Skala Benci: 5

Masih punk.
Di atas kerusi.

Masih memberontak.
Sembunyi! Sembunyi!

Masih rebel.
Tanpa mahu berdiri.

Hmm.
Haus idea.
Tanpa rokok.
Kehadiranmu ditagih.
Kau kudamba.

Cis.

Tuesday, December 7, 2010

Selamat Tahun Baru

Mata diuji.
Gadis Thailand berpakaian seksi di pejabat.

Minda juga sedang diuji.
Seorang parasit.
Hmm, mungkin simbiot sebenarnya.
Parasit+simbiot.
Masih belum kudefinisi.

Sebelum jiwa turut terjejas..
Dek kanser ini..

Nyah. Nyah! Nyah?!

I need a plan.
Fast.

Wednesday, December 1, 2010

Seminggu Selepas..

Tiada perubahan.
Masih diselubungi rasa marah.
Rasa tidak puas hati.

Lemas.
Rimas.

4 atau 5 tahun dahulu, perasaan ini aku tagih kehadirannya.
13 atau 14 tahun dahulu, inilah definisiku.

Kini.
Bukan asing.
Bukan dibenci.

Cuma terabai.
Terbiar.
Tidak berguna.

Boo.

Monday, November 8, 2010

Stadium Turd

Kalah.
Unbreakable at home? Turd.

Minggu lepas pun kalah.
Tahun Red Warriors.

Patrick mati.
Eh, Paul.
The Octopus.
The Oracle.

Monday, October 25, 2010

Repeater Beat'em

Negeri Sembilan melangkah ke final Piala Malaysia.
Kali kedua berturut-turut.
Lawan yang bakal ditemui ialah, Kelantan.
Sekali lagi.
Atas sebab-sebab keselamatan, niat untuk ke Bukit Jalil terpaksa dibatalkan.

Sempena hari Isnin yang bakal membosankanku di pejabat:

Thursday, September 30, 2010

Sakit. Sakit. Sakit

Pejabat diserang batuk kering. Huhu.
Teringat P.Ramlee.
Teringat The Bollocks.
Teringat Chaos KP.
Teringat bas Eng Giap.

Thursday, September 23, 2010

Pasca Aidil Fitri

Ber'potluck' di pejabat sempena Aidil Fitri Jumaat lepas.
Pelbagai jenis makanan disediakan.
Masakan lokal, Thai, Korea, Barat, Cina, fusion lokal-barat, fusion Thai-barat, fusion lokal-Korea dan lain-lain.
1 Malaysia? 1 Pejabat? 1 Sayap? 1 Akaun?
Berpakaian tradisional ke pejabat.
Lengkap bersamping dan bersongkok.
Seperti penjawat awam.

Sempena memakai Dr. Martens ke pejabat hari ini:

Monday, September 13, 2010

Bukumuka

4 Syawal 1431.
Selain daripada kemunculan selebriti Facebook lokal terbaru, Katy Lim Li Lian, tiada apa yang menarik berlaku.
Eh, terbarukah?
3 hari sudah berlalu dengan agak jayanya.
Masih menerima soalan-soalan yang biasa diajukan kepada lelaki bujang berumur 30 tahun.
Tetapi atas bantuan teknologi, soalan kini bukan sahaja hadir dalam bentuk lisan.
Terima kasih, Facebook. Huhu.
Esok mula bekerja.

Thursday, September 9, 2010

Syawal dan Api

Hari terahkir berpuasa.
Esok bermulalah Syawal.

Sudah diberitahu apa yang bakal menanti ketibaanku di kampung.
Tingkap, longkang, lantai, rumput kering, pintu, sliding doors.

Memang kerjaku.
Tidur 5 jam.

"Abang! Bakar sampah."
Aku memang menggemari api.
Parut di kaki dan lututku boleh dipanggil menjadi saksi.
"Longgokan rumput di depan dan belakang rumah! Kamu harus bersedia."
"Mana lighter? Mana mancis?"
 Sukar menjadi bekas perokok apabila berdepan situasi begini.

Sekarang?!
Perlu berehat sambil mendengar lagu Kurniaan Di Hari Raya dendangan kumpulan hebat, Feminin.
Lemang dan rendang, boleh tunggu sebentar.

Tuesday, September 7, 2010

Why Should We Buy..

Semalam.
Hari libur.
Maraton DVD.
Kurang menarik, secara keseluruhannya,
Tiada Popular Mechanics For Lovers seperti sesi terdahulu.
Detik emas pun mungkin Maggie Q.

Seperkara tertinggal dalam To Do Listku.
Terlepas pandang.
Terlupa.
Aku memandu selama sebulan sepuluh hari tanpa lesen memandu yang sah.
Ish.

Saturday, September 4, 2010

Mengkehendaki Apa Yang Diperlukan Oleh Kemahuan

Aku tidak siapkan satu checklist untuk Hari Raya.
Tak mengapa.
Semua itu sudah tertatu dalam ingatan.
In random order:
  1. Songkok.
  2. Samping.
  3. Bold 9700.
  4. Tayar kereta.
  5. Sport rims (bukan untuk keretaku).
  6. Sepasang jeans.
  7. DVD untuk membunuh masa ketika bercuti Hari Raya.
  8. Rambut baru.
  9. Bunuh Justin Bieber.
  10. Dapatkan nombor telefon Rosie Huntington-Whiteley.
  11. Fix my two wheeler.
  12. Kemas bilik.
  13. Ponteng kerja.
 Eh, keperluan atau kehendak?

Oksigen dirasakan berkurangan.
Sejak akhir-akhir ini.
Pemanasan lokal.
Oh, mungkin kerana pokok-pokok di kawasan ini sudah dicantas, dipotong dahannya.
Terima kasih, Putrajaya.

No more Danau Kota next year.
Aku bukan ke sana untuk mengkaji kepelbagaian bau ketiak manusia.

Friday, September 3, 2010

Checklist

1 Syawal menjelang.
Satu minggu dari sekarang.
Persiapan seperti biasa.
Seperti tahun-tahun sudah.
Minimal.
Masih perlu membeli-belah. Sedikit.
Merasai kemeriahan di Jalan Tunku Abdul Rahman.
Mahu menjadi seorang last minute shopper seperti Birmingham City dan Tottenham Hotspurs.

Monday, August 23, 2010

Wednesday, August 18, 2010

7 Ramadhan 1431, Semalam

Genap seminggu berpuasa.
Semalam.
Syukur ke hadrat Ilahi.
Ramadhan pertama di Putrajaya.
Bukan kali pertama ke bazaar Ramadhan Putrajaya.
Juga bukan kali pertama terjumpa gadis ber'hot pants' penuh selulit di bazaar Ramadhan.
Erk, mungkin aku perlu minum air.

Musim baru Barclays Premier League juga baru bermula.
Chelsea dan Man Utd tewas perlawanan masing-masing.
Oh, silap. Menang.

Tuesday, August 10, 2010

Ungu Keemasan

Masih tiada Inception hujung minggu lepas.
Sebab: Hujan
Kesan: Tidur

Tidak produktif kurasakan minggu ini.
Rimas.
Lari.
Sembunyi.

Hujung minggu penuh berisi dengan perkara di atas

Friday, July 30, 2010

Hitam Putih.. Sedikit Pink

Sudah bermode 'Hari Minggu'.
Satu rancangan yang sudah lama direncanakan terpaksa dibatalkan.
Tak mengapa.
Katy Perry bukan bahan penting.
Mahupun Wondergirls.
Mahupun gadis-gadis yang berada di sana esok.

Masih belum menonton Inception.

Masih belum membaiki two wheelerku.

Masih belum berani.

Masih belum itu.

Masih belum ini.

Terlalu banyak 'belum' untuk disenaraikan.
Mahu menyenarai hitamkan diri sendiri.
Eh?!

Friday, July 23, 2010

Wednesday, July 21, 2010

Sosialisasi Terbatas

Ada sesuatu tentang asap rokok di ruang yang agak tertutup yang membuatkanku ingin merokok semula.
Ish.

Tuesday, July 13, 2010

How Do I Say Cute In Korean?

Suasana kembali tenang, aman, harmoni dan bertamadun.
Yang tinggal hanyalah jersi, bendera, jadual dan keputusan perlawanan yang masih tergantung dan tertampal; menghiasi ruang lingkup pejabat.
Katanya ada habuan RM1000 untuk hiasan terbaik dan tercantik.
Tiada pizza, tiada KFC, tiada botol Pepsi, tiada sampah. Maka, tiada RM1000. Agaknya.
Tiada lagi perbualan antara pundit-pundit tentang perlawanan semalam atau esoknya di kafeteria tingkat 3.
Tiada lagi kelibat bookie berjalan mengelilingi kawasan pejabat untuk mencari sesuap nasi.
Tiada lagi kisah Paul yang betul dan Mani yang salah.
Tidak lagi kedengaran pertelingkahan antara kaum Inggeris, kaum Itali dan pembenci kaum Inggeris dan Itali.
Tidak lagi kelihatan gadis Korea yang beramai-ramai menyarung jersi pasukan kebangsaan mereka. Gwi yeo weo!!

Sepanyol ialah pasukan terunggul dunia.
Menafikan peluang dan harapan Belanda menerusi gol tunggal sumbangan Andres Iniesta hasil assist Cesc Fabregas.

Aku juga harus meniadakan beberapa perkara.
Agar lancar, agar licin.

Gambar yang tidak patut

Sunday, July 11, 2010

Can I Scream?

Aku bangun hari ini dengan sedikit perasaan memberontak.
Malas untuk menghadirkan diri ke pejabat.
Masa untuk tidur yang enak dan lama tidak dapat dilaksanakan.

Jerman memenangi perlawanan, lantas muncul pasukan ketiga terbaik Piala Dunia edisi kali ini.
Uruguay tumpas 2-3; but kudos to them.
Soalan: Pernah terfikir apa yang akan berlaku jika Forlan kekal di Manchester dan bermain di samping Rooney?
Jawapan: Mereka akan menjadi pemenang bersama Anugerah Pemain Terhodoh Piala Dunia Afrika Selatan.

Bermode 90's hardcore sejak kebelakangan ini.
Aku menggunakan kesempatan itu untuk menyalahgunakan kemudahan di pejabat.
Dan hasilnya walaupun tidak seberapa ialah Worlds Collide, Inside Out, Refused, Abhinanda, Straighedge As F*ck dan err, Better Than Ezra.
Terima kasih, bolehkah aku menjerit?

Friday, July 9, 2010

My Name Is Jennifer, Please Take My Hand

Hmm, first we have Paul the Octopus.
Now, we have Mani the Parakeet.
So, what's next? Sornpot the Elephant? Coco the Hot Chick(hen)? Awang the Arowana?

Mengapa aku selalu terasa aura kejahatan berada di sekeliling setiap kali mendengar Black Sabbath? Ish.

Thursday, July 8, 2010

Terkini

Sepanyol menundukkan Jerman 1-0 awal pagi semalam hasil tandukan peluru Carles Puyol.
Kesan: Populasi sotong kurita seluruh dunia jatuh mendadak dan menjejaskan sistem ekologi marin.

Wednesday, July 7, 2010

The Matrix dan Paul Si Sotong

Kembali berada di kota bernilai RM11.8 billion, mengikut satu laporan.
Hujan, sejak kebelakangan ini.
Tiada aktiviti berbasikal.
Adakah kawasan ini kawasan aktif kilat dan petir?
Isk.

Holland menumpaskan Uruguay 3-2 dalam aksi separuh akhir Piala Dunia semalam.
Terima kasih ATHDE.Net.
Bekerja dengan penuh emosi pagi tadi.

Si Octopus Paul memilih Sepanyol untuk mengungguli separuh akhir kedua pagi ini.
Kenapa bukan Jerman?
So, the eight-legged oracle has spoken.
Tidak perlu berhempas pulas mengganggu tidur hari ini.

Monday, July 5, 2010

2008

Pagi di kampung halaman.
Keadaan aman, damai, sejahtera.
Tiada konfrontasi dengan pihak primat.

Rafael Nadal memenangi Kejohanan Wimbledon semalam.
Tanda Sepanyol bakal menjulang Piala Dunia?

Mahu makan kuih udang Alor Gajah.
Perlu mengelakkan diri daripada menjadi internet whore.

Sunday, July 4, 2010

Oi, Oi. Bogel. Tak Tentu

Hari minggu di kampung halaman.
Masa untuk menggantikan waktu tidur yang terlepas.
Plus, hujan.
Hujan = Tidur.

Jerman menewaskan Argentina, 4-0.
Kesan: Tiada adegan berlari bogel Diego Maradona di Buenos Aires.

Paraguay kecundang 0-1 kepada Sepanyol.
Kesan: Tiada adegan berbogal Larissa Riquelme.

Aku akan bercuti esok.
4th of July.
Yahoo kot.

Wednesday, June 30, 2010

Some People Say Who Gives A Damn What They Say

Semalam.
Hari Benci Wanita.
Hmm, mungkin Hari Benci 'perkara yang lain' sebenarnya.
Masih memerlukan penelitian.

Hari ini.
The lady with the kinky, leather (maybe pvc) skirt returns.
Huhu.
Only the lady.
Not the skirt.
Luckily.

Masih berada dalam mode 90an.

Friday, June 25, 2010

Chin Up

Bermoral sifar hari ini.
Akhirnya.
Harapan dan konspirasinya.
Masih bukan kerana Itali.
Hmm, mungkin ada sedikit kaitan dengan Itali.
Perkara-perkara mengganggu tidur mesti dihapuskan.
Kembali pada asal.
Abaikan semua.

Thursday, June 24, 2010

Wednesday, June 23, 2010

Tuesday, Wednesday Break My Heart

Moral jatuh ke tahap hampir sifar.
Bukan kerana Itali.

Sesi karaoke semalam was hmm, nice.
Peterporn, Peterporn.

Piala Dunia kali ini agak membosankan.
Chile, sila beri tunjuk ajar kepada Sepanyol.
Slovenia, pada England pula.

Oo, harus beli minyak kelapa muda.
Pembetulan. Minyak kelapa dara.

Sunday, June 6, 2010

Cinta, Sahabat, Isteri dan Signal

Pagi di kampung halaman. Hari minggu di kampung halaman. Alhamdulillah dan syukur kupanjatkan kerana tiada kejadian mencuri kabel berlaku. Pencuri-pencuri kabel mungkin sibuk dengan persiapan kenduri kahwin.

Hmm. Sempat menghadiri sebuah majlis perkahwinan semalam. Rakanku di kolej. Berlaku insiden "Who Wears It Better" ketika berada di sana. Padah memakai kemeja Topman. Menyesal tidak memakai jersi.



Banyak kejadian pemandu-pemandu hebat Malaysia tidak memberi isyarat atau signal ke kiri atau kanan ketika ingin membelok atau menukar laluan sepanjang minggu. Aku tahu mereka semua Aryton Senna. Yang wanita mungkin Danica Patrick. Dicadangkan supaya Kempen Memberi Signal diadakan.

Friday, June 4, 2010

"Thank you so much once more and always remember: You'll never walk alone."

Pagi di kampung halaman. Hari ini bangun sedikit lewat. Jika tidak dikejutkan oleh panggilan telefon daripada seorang rakan sepejabat, aku mungkin terlepas tugas Tok Siakku.

Pagi yang agak panas. Kubuka pintu hadapan rumah. Kulihat sepasang burung gembala kerbau sedang mengejar mengkarung di halaman rumah. Heavy breakfast. Aku sekadar bersarapan roti, segelas Milo dan berita yang menyatakan bahawa Rafael Benitez telah meninggalkan Liverpool. Penggantinya? O'Neill? Hodgson? Dalglish? Wenger? Huhu. RM10 untuk Hodgson.

Wednesday, June 2, 2010

One-man Army

Pagi di kampung halaman. Bangun tidurku awal. Hari ini sah aku menjadi suri rumah. Keluar membeli sarapan, membasuh dan menyidai pakaian, menyapu halaman rumah, memasak dan berperang dengan primat. Spesis kera; nama saintifiknya pemunggah dan pemusnah tong sampah. Konfrontasi ini memang sudah lama berlaku. Mungkin tidak selama konfrontasi Korea Selatan - Korea Utara atau sekronik Israel - Palestin. Tetapi sudah cukup menyusahkan sehingga bekalan senjata harus dan sudahpun diperolehi.

Aku tidak memandang enteng keupayaan musuhku ini. Mempunyai pasukan recon, berpanglima perang yang garang dan menyerang dalam kumpulan yang besar dan kadang-kala secara gerilla. Sekarang, di manakah ayahku meletakkan semua mercun bola itu?

Tuesday, June 1, 2010

World No Tobacco Day (Semalam)

Pagi di kampung halaman. Bersarapan juga ala kampung. Nasi lemak, telur mata kerbau, segelas Milo and segelas jus tembikai.

Tidak menyangka harga Harian Metro ialah RM1.50. Harga sebungkus lagi nasi lemak bertelur mata kerbau. Ish.

Keluar ke bandar Tampin. Bekas kampung halaman. Gunung Datuk masih dibaluti kabus. Rumput dan lalang di tepi jalan raya masih berembun. Suhu di sini saling tidak tumpah dengan suhu maksimum di London pada musim panas tahun lepas.

Monday, May 31, 2010

One King Down. Hmm, A Few More To Go

Hari minggu tamat. Segala kecederaan psikologi yang diharapkan terubat, tidak menjadi kenyataan. Malah, makin bertambah secara kuadratik.

Soalan-soalan Hari Ini:
"Seorang je?"
"Mane orang rumah?"

Ada beberapa soalan yang boleh dikatalogkan bersama tetapi aku tidak mahu menulisnya di sini. Aku tidak mahu menjadi riak atau dilihat sebagai insan yang takbur.

Walau apapun, aku masih gembira kerana dapat berjumpa rakan-rakan lama. Dan yang paling utama, menghabiskan masa berkualiti bersama-sama famili dalam kesesakan trafik di Lebuh Raya Plus kawasan Seremban. Lagi.

Saturday, May 29, 2010

Your Anger is a Gift

11.39 - Plaza Tol Kajang.
12.39 - Plaza Tol Nilai pun belum tiba lagi.

Kaki bekerja secara ekstra. Dijamu jam di Plus Highway. Ish, ketika ini memang terasa mahu membeli kereta baru bergear automatik. Kereta yang dipacu 100km/j tadi kini merangkak 5-10km/j. Sebelum sempat melemparkan maki hamun tiada makna, aku terus mendengar IKIM.fm. Kemarahan mulai surut dan kata-kata Zack de la Rocha yang memenuhi otakku tadi terhapus secara berkala.

p.s Memikirkan skala kemarahan rakyat Malaysia jika benar kadar tol akan dinaikkan 10-67% seperti disarankan oleh Datuk Seri Idris Jala.

Wednesday, May 26, 2010

Period?

Tercedera aku secara psikologi. Tak mengapa. Gaji dah masuk!

Tuesday, May 18, 2010

Jumaat, Sabtu dan Ahad. Pagi Isnin

  1. Masih ada saat manis dalam kejohanan Piala Thomas dan Uber kali ini; Disajikan oleh Edleen Ismail.
  2. Sebab-sebab bercita-cita menjadi Lin Dan terbukti.
  3. Penyokong Malaysia memang penyokong terbaik.
  4. Li Yongbo: Gangster dunia badminton.
  5. "Dia tidak membuka bajunya hari ini."
  6. "Nak kata tiada tali, ada tali Dato'"
  7. Gadis-gadis berkeyakinan tinggi melekatkan sticker 'Awek Inside' pada kereta mereka.
  8. Tiada spot question ketika kenduri.
  9. Sekumpulan kecil pemuda kampungku kini mempunyai pekerjaan tetap; Mencuri kabel TM.
  10. Jagielka? Suka, suka.
  11. Buffon? Lagi suka.
  12. Xavi Hernandez, sila senyap.
  13. 10 - 11, sekadar fantasi.

Friday, May 7, 2010

Pra Hujung Minggu

Shai Hulud, Bane dan Copeland. Line up seperti akan berlakunya pengalaman orgasmik berangkai tiga.

Wednesday, April 7, 2010

Messy Messi

Hari ini bermula awal. Tepat 3 pagi, itu pun selepas beberapa kali butang snooze kutekan. 5 atau 6 minit kemudian aku melompat di atas sofa. Jarang aku berkelakuan begini setelah bangun tidur. 3 minit selepas itu, aku seperti menyesali perbuatanku. Mungkin kerana aku dengan tidak sengaja telah mengejutkan teman serumahku. Ataupun mungkin kerana aku sedar tindakan itu hanya bermangkinkan harapan palsu. Keputusan akhir, aku tidur semula.

Tuesday, April 6, 2010

'Shoot' Me Please..

Banyak perkara berlaku kebelakangan ini. Kemalangan bodoh, kecederaan akibat kemalangan bodoh, viral fever dan perkara-perkara berkaitan persahabatan, perang dingin dan lain-lain. Aku juga baru sedar bahawa aku bukan fotogenik.

Tuesday, February 16, 2010

Facebook, Facebook

Rakan-rakan Facebook sibuk menampilkan gambar ketika masih kanak-kanak sebagai profile picture. Huhu, cute barangkali. Zaman tanpa jerawat, parut jerawat, jeragat, kesan tegang suntikan botox, masih berambut di depan dan tengah. Zaman tanpa masalah (mungkin hanya masalah kencing malam, takutkan entiti, fobia tarian singa, jiran sebaya yang tidak membenarkan bermain guli dan layang-layang bersama mereka). Zaman tanpa girlfriend atau boyfriend (skandal mungkin normal). Zaman merengek meminta emak belikan Starcom tetapi tak berjaya.
  1. Aku mempunyai fobia terhadap tarian singa ketika kecil. Walaupun berfobia tetapi aku masih 'berani' keluar untuk menyaksikan tarian singa di luar rumah sebelum menyerahkan diri kepada ketakutan dan menyorok di bawah kereta ayahku. Aku tidak menjalani sebarang bentuk terapi untuk memulihkan fobiaku ini.
  2. Aku akan menutup pusat setiap kali melalui kawasan jirat Cina atau kawasan perkuburan Kristian dan Hindu.
  3. Aku tidak memakai apa jua bentuk barangan Adidas atau Nike atau Crocs atau Guess ketika masih kecil.
  4. Aku takut kepada perigi. Kalau jatuh siapa yang tarik aku naik? Kalau ada ular? Horror, ish.
  5. Aku tidak berbakat dalam permainan snooker atau pool ketika kecil. Dan ketiadaan bakat itu masih kekal bersamaku hingga saat ini.
  6. Motto hidupku hingga berumur 12 tahun: "Gaban Z potong dua"
  7. Aku suka pergi ke perpustakaan. Di hadapan perpustakaan ada parit. Di dalam parit ada ikan. Aku suka menangkap ikan.
  8. Pernah cuba untuk bermain Nintendo. Oleh sebab aku tidak tahu bagaimana nak menghidupkan Nintendo tersebut, aku batalkan percubaan. Malu bertanya sesat jalan. Aku orang yang sesat.
  9. Pernah cedera di beberapa bahagian tubuh ketika bermain konda kondi secara profesional. Perempuan ketika kecil memang ganas tapi masih kuat menangis.
  10. Galah hadang = Belon.
  11. Pelik kenapa jiran-jiran Cina panggil aku Ah Jun.
  12. No. 11 memang kisah benar.
  13. Aku tak tahu apa itu racism, fascism, straight edge dan vegan. Perkataan-perkataan tersebut tak pernah muncul dalam Sesame Street. Count Dracula itu cool. Dia mengajar aku mengira.

Friday, February 12, 2010

Pra Tahun Baru Cina / Valentine / Hari Lahir Adikku

  1. Selamat tinggal kehidupan kerja pada siang hari
  2. Masa untuk menukar suit dan kereta.
  3. Selamat tinggal fantasi gadis Indonesia berheadset dan selamat datang hmm.. abaikan.
  4. Favourite baru; nasi lemak sambal hati.
  5. Bekerja pada Tahun Baru Cina; Hooray!!
  6. Masih tidak boleh bermain badminton. Tak mengapa. Lin Dan pun cedera juga.
  7. Kedatangan weekend yang tidak dinanti-nanti.
  8. Dunia ini benar-benar kecil tetapi kenapa aku masih tidak dapat menjejakkan kaki ke Kanada atau Argentina atau New Zealand atau Afrika Selatan atau Jordan?
  9. Aku rasa Almunia itu bersifat dan berfikiran minimalis. Lihat aksinya melihat sahaja kecantikan sepakan percuma Drogba?
  10. Galacticos Football ialah ciptaan syaitan untuk melalaikan manusia. I'm one of the Lalais.
  11. Musim kemarau; dalam segala segi. Satu lagi musim kemarau di Negeri Sembilan?
  12. Kompleks bangunan 4 blok; tetapi hanya ada satu laluan masuk ke basement yang lebarnya kurang daripada 3 meter. Manusia, logik akal dan common sense. Sentiasa berkonflik dan tidak selari.
  13. ..

Tuesday, February 2, 2010

Amarants

  1. Jangan sesekali cuba untuk bermain badminton ketika bergelut dengan rasa kantuk yang kronik. Padahnya mungkin buruk. Memang buruk untuk aku. Cita-cita untuk menjadi Lin Dan menemui stumbling block pertama.
  2. Medical leave pertama tahun ini. Kaki terseliuh. Dipreskripsikan painkiller bermutu baik.
  3. Natijahnya, tidak pulang ke kampung. Akibatnya, terpaksa membasuh pakaian sendiri.
  4. Tidak mahu bercerita tentang perlawanan Ahad lepas. Kematian Almunia memang tidak dapat dielakkan lagi.
  5. Lagu Beautiful Ones memang seronok dikaraokekan. Almunia bukan tergolong dalam kelompok 'beautiful' dalam apa jua bentuk dan segi.
  6. Menerima berita kurang memberangsangkan daripada sahabatku. Perlu mula bersenam dan beriadah lebih giat kerana..
  7. diameter perut dikesan bertambah.
  8. Apa kaitan dengan Orlando Bloom?
  9. Selain kelas CCNA dan ITIL, pihak berkuasa office juga patut mempunyai inisiatif untuk mengadakan kelas penggunaan tandas. Ada segelintir pekerja tidak terlatih dalam penggunaan tandas. Aku menghalang diri daripada menggunakan imaginasi dan membayangkan keadaan tandas atau bilik air rumah mereka yang tidak toilet trained ini.
  10. Meneruskan kesinambungan tema sukan dan latihan, lagu kegemaran minggu ini ialah Song Away dendangan Hockey.
  11. Jangan sibuk melayani Summer Transfer Window dan berbelanja berlebihan sehingga lupa pagi itu harus bekerja. Tidur malam tiada galang ganti.
  12. Entry ini ditulis dalam keadaan mengantuk, kekurangan nikotin, tar dan tidak lupa juga kasih sayang.
  13. Melepak sekarang kehilangan sedikit signifikan. Darjah keseronokannya berkurangan 50%, tahap kebosanan melepak bertambah 50% dan natijahnya, aku merasakan diri aku lebih membosankan dan makin tidak signifikan.

Thursday, January 21, 2010

Darn Rants

  1. Dalam proses meninggalkan satu tabiat buruk tetapi satu tabiat buruk yang baru pula lahir. Hmm.
  2. Green is my new grey. Hmm, go green?
  3. Apa beza grey dengan gray?
  4. Phrase of the week: "Bukan dapat bonus pun"
  5. Suka Use Somebody versi Bat For Lashes.
  6. Masih mencari signature style. Mangsa pertama tetap Manuel Mangkuk Almunia.
  7. Cita-cita untuk menjadi Lin Dan sedikit terbantut. Tiada latihan untuk minggu ini. Dan minggu hadapan, mungkin.
  8. Mencari identiti SkyNet News Asia. Jangan percaya email yang dibaca. Dan jangan sebarkan.
  9. Ada 2 projek baik weekend ini. Sekarang, aku tunggu.Apa yang kau patut lakukan apabila Riquelme, Van Der Vaart, Canales dan Aimar berada dalam satu pasukan?
  10. MARA oh MARA.
  11. Baju Radiohead aku mengecil.
  12. Adakah aku membesar?
  13. Mungkinkah aku terlambat?

Monday, January 18, 2010

Mayonaise, extra

Aku bangun pagi ini dengan hati yang boleh dikategorikan sebagai gembira. Aku ke dapur. Karipap dan pau goreng sudah tersedia. Aku sediakan lagi 2 keping roti canai segera untuk santapan mulut dan perut. Ditambah dengan segelas Nescafe, sedikit mayonaise dan Maria Kirilenko di saluran 813; pagi Isninku memang bermula indah. Aku teringin makan burger Seksyen 15, isk.

Tuesday, January 12, 2010

Tireless Midfielder

Kembali menceburkan diri dalam bidang pengurusan. Tidak mengharapkan makan atau tidur yang cukup untuk 2 bulan pertama.

Monday, January 11, 2010

Pasca Hari Minggu

Hujung minggu yang lepas membawa aku meneroka dan mengenali alam baru.
  1. Membasuh pakaian menggunakan mesin basuh separa automatik. Selepas pengalaman tersebut, aku bersedia untuk memikirkan penggunaan kuasa tangan 100% sebagai alternatif.
  2. Jam tanganku menggunakan 3 biji bateri untuk beroperasi sepenuhnya. ??
  3. Menonton AJL dari mula hingga akhir.
  4. On a bad day, her laughter can be so annoying.
  5. Kerjaya dalam bidang bunuh-membunuh; major dalam pembunuhan bersiri pemain bola sepak. Masih mencari signature style. Mangsa pertama sudah lama dikenalpasti; Manuel Almunia.

Monday, January 4, 2010

Tahun Baru, 2010 Datang Dengan..

  1. ...sekumpulan jiran yang giat berlatih untuk ujibakat Jangan Lupa Lirik. Aku dah tak mampu hendak mengutuk kelunakan dan kemerduan suara mereka.
  2. ...hidangan 4 roti canai segera dan 10 popiah segera.
  3. ...marathon 5 DVD. Baru sekarang aku memahami segala hype tentang Sienna Miller. Ataupun dia sudah tidak hype sekarang? Mataku rabun ketika menonton Factory Girl dan Layer Cake lama dulu.
  4. ...kemenangan ke atas 2-1 ke atas West Ham dalam perlawanan pusingan ketiga Piala FA. Kasihan Zola. Kekalahan sebuah pasukan dari Manchester di tangan Leeds United. Hidup Kewell! Eh, Viduka. Woodgate. Smith. Ferdinand. Bowyer. Robinson. Cantona. Batty. Hmm. Keputusan seri 1-1 antara kelab bolasepak Liverpool dengan kelab Membaca. Chelsea?
  5. ...ketidaktentuan dan ketidakpastian.
  6. ...lagi ketidaktentuan dan ketidakpastian.
  7. ...banyak berita gembira pada bulan Mei nanti; mungkin. Perlu berdoa banyak-banyak.
  8. ...kekurangan azam dan semangat.
  9. ...menonton Avatar kerana ketiadaan kerja di office. Kami memang produktif.
  10. ...cita-cita untuk menjadi Lin Dan.
  11. ...cita-cita untuk membawa pulang pingat emas Sukan Asia atau Sukan Komanwel.
  12. ...bilik baru, pemandangan baru, jiran-jiran baru, wajah-wajah baru, sikap dan perangai lama.
  13. ...harapan pasportku bakal bercop baru.