Aidil Adha.
Aku tiba pada Subuh hari Jumaat. Emakku sedang sibuk memasak juadah Hari Raya sambil dibantu adik-adikku. Tiada turkey di atas meja walaupun Thanksgiving. Tersedia di atas meja ialah nasi himpit, kuah kacang, rendang daging, rendang itik dan lemang. Perutku senyum gembira.
Sehari selepas Aidil Adha (i).
Tiada aktiviti menarik pada siang harinya. Aku menelefon beberapa orang rakan dan mengajak mereka minum di sebuah kedai mamak sambil menonton perlawanan bola sepak di ESPN. Dua orang bersetuju, seorang menolak. Menu untuk malam itu, Portsmouth bertemu Manchester United. Di atas kertas, tiga mata penuh sudah tentu berada dalam genggaman pasukan Syaitan Merah Jambu. Portsmouth bermula berani, garang. Tiada ucap salam atau Shalom pun diberikan kepada pemain skuad Syaitan Merah Jambu. Dalam keasyikan meneguk air Teh O suam, tiba-tiba aku tersorak. Rooney berjaya memenangi sepakan penalti. Berdosanya aku rasa. Aku tersorak lagi apabila Rooney menjaringkan gol kedua dan ketiga. Berdosanya aku rasa lagi. Aku mengampunkan diriku sendiri kerana berada di alam fantasi dan memartabatkan Rooney menjadi kapten pasukanku.
Sehari selepas Aidil Adha (ii).
Aku menerima panggilan telefon daripada rakan baikku petang itu. Cuma berbual kosong. Bertanyakan berapa lama percutian Aidil Adha masing-masing sebelum aku tersentak hampir diserang sinusitis apabila dia mengatakan dia mahu mendirikan rumahtangga tahun hadapan. Memang tak terduga, tak tertelah, tak terjangka ungkapan dan kata-kata itu boleh keluar dari mulutnya. Then again, kalau sudah jodoh. Dan itu membuatkan kuberfikir sebentar. Aku membangkitkan topik tersebut kepada dua rakanku ketika berada di kedai mamak. Dan ungkapan yang sama muncul lagi daripada salah seorang daripada mereka. Deja Vukah ini? Then again, kalau sudah jodoh. Fitrah manusia. Dan itu membuatkan keberfikir lagi. Harus ke tandas sekarang; perlu menunaikan fitrah alam yang lain terlebih dahulu.
Monday, November 30, 2009
Thursday, November 26, 2009
Pra Aidil Adha
Esok, Jumaat. Hari Raya Aidil Adha. Hari Raya Korban. 10 Zulhijjah. Cuti umum. Mengikut kalendar kerja Amerika Syarikat, tiada cuti bagi menyambut Eid al-Adha (sudah tentu). Tetapi nasib menyebelahiku. Rakyat Amerika Syarikat secara kebetulan menyambut Thanksgiving dan bercuti pada hari Khamis dan Jumaat. Jadi, aku bercuti dua hari. Satu hari sebenarnya kerana sekarang aku sedang membanting tulang di office membuat OT. Dalam perjalanan ke office, aku singgah menjamu perut di McDonald's. Terkorban dan menjadi mangsa kepada iklan Prosperity Burger di televisyen. Bermandi peluh aku menghabiskan burger bernilai RM13.75 itu. Tidak kurang daripada empat helai tisu menjadi mangsa peluhku. Sedang aku menghirup Sprite, aku terkenang zaman remajaku. Zaman boikot-memboikot. Zaman negara diwarnakan hitam. Dan salah satu mangsa boikot? Sudah tentu McDonalds. Or should I dare say McMurder.
Monday, November 23, 2009
West Ham: Katy Perry dan Survival

Semasa berada di Stansted, aku sempat berbual dengan seorang lelaki Inggeris. Kami sedang menunggu untuk mendaftar masuk dan menanti penerbangan pulang ke Kuala Lumpur. Kami cuma berbual kosong tetapi topik yang paling aku ingati daripada perbualan kami ialah tentang West Ham dan Gianfranco Zola. Dia berkata kepadaku bahawa anaknya tidak mahu menyokong West Ham sepertinya. Anaknya hanya mahu menyokong pasukan juara. i.e. Manchested United. Untuk rekod, anaknya lahir di Malaysia dan lelaki ini telah berkhidmat di Malaysia selama 7 tahun. Dengan berbekalkan tarikan seksual Katy Perry, aku rasa anak kecilnya itu mungkin berubah.
Thursday, November 19, 2009
Lagak Zebra
Buku yang disangka telah ditutup, tertutup rupa-rupanya masih terbuka. Maksima sungguh impak peninggalannya. Tiada F untuk Maaf untukmu.
Tuesday, November 17, 2009
Friday, November 13, 2009
Esok = Sabtu. Esok=Seronok
Kali pertama aku menggunakan tandas sambil dihiburkan lagu dendangan orang yang sedang membuang air besar. Esok, La Quiete. Esok, Orbit Cinta Benjamin. Orgasm mini menanti.
Sunday, November 8, 2009
Pasca Piala Malaysia
Sebelum bermula. Satu fakta yang tidak boleh aku pertikaikan dan aku bercakap berdasarkan pengalaman, pertemuan dan tragedi. Ok, tiada tragedi. Kelantan mempunyai ketumpatan gadis comel yang tinggi. Jauh lebih tinggi daripada Negeri Sembilan. Justeru itu, aku ingin secara ikhlasnya tidak bersetuju dengan kain rentang atau banner dalam slanga popular milik penyokong Kelantan; "Kito anok Kelate. Bako orghe brani. bla bla bla". Aku tak ingat keseluruhannya kerana kosa kata Kelantanku agak buruk. Kata kunci di sini, ORGHE. Dua tiga kali perkataan itu dieja pun masih bunyi OR-GE ataupun ORG-HE yang keluar dari mulutku. Maaf jika bahasa Kelantan menerapkan kaedah 'silent letters' dalam kaedah sebutannya. Oops, sorry. They do. Jika dinilai daripada perangai sebahagian penyokong, tidak salah aku katakan memang terbukti keORGEan mereka. Tetapi pada malam itu ataupun sepanjang 13 tahun aku berada/belajar/bermain/tidak berbuat apa-apa di negeri orang, aku tidak pernah menemui gadis berkulit hijau, berbadan besar, berperut buncit yang berasal dari Kelantan. Kaum Adam Kelantan sebegitu pun tidak pernah kutemui.
Perjalanan dari Kampung Titian Akar bermula pada pukul 4.50 petang. Empat tiket ihsan digunakan sebaiknya. Tanpa berbekalkan apa-apa, cuma semangat jati diri yang tidaklah sehebat mana; kami berempat bertolak dengan kereta terpalit tahi lembu di semua tayar. Mengelak tahi lembu di kawasan kampung di Rembau memang tugas berat. Jadi, aku sebagai pemandu harus permudahkan tugasku. Setelah hampir 3 jam di atas jalanraya mengharung kesesakan, akhirnya kami berempat tiba di Stadium Nasional Bukit Jalil. Aku berperang dengan hati dan fikiran skeptikalku sepanjang perjalanan. Kami bakal pulang hampa.
Suasana di dalam stadium agak mengagumkan. Sudah lama rasa euphoria dan keterujaan meminggirkan diriku. Tetapi pada malam itu, semuanya hadir seperti dua sahabat yang 13 tahun tidak bertemu. Hmm, 2 tahun 10 bulan sebenarnya. 3/4 stadium dibanjiri oleh penyokong Kelantan, berbaju merah dan tidak berkulit hijau. Hanya suku stadium disi penyokong berbaju kuning atau hitam dan memang tidak berkulit hijau sepertiku datangnya dari selatan Bukit Jalil. Sekurang-kurangnya, dua warna. Bukannya lautan biru yang kadang kala melesukan mata ketika aku menjadi penonton perlawanan sebuah kelab London di Stadium Shah Alam.
Setelah nama pemain diumumkan, setelah pasukan cheerleaders membaraikan majlis dan setelah Yamtuan Besar sudi bersalaman dengan para pemain, detik keramat pun tiba. Harapan ataupun ekpektasiku tidaklah melangit mana. Skeptikal katakan. Cuma permainan Arsenalesque yang kuinginkan daripada kesebelasan utama negeri tercinta. Tapi 3 minit pertama sudah cukup membawaku ke pangkal jalan. Arsenalistik yang dicita, Wolverhamptonistik yang mendatang. Tidak dinafikan hati aku juga berada di kota Birmingham ketika itu.
Gol pertama hadir setelah pemain nombor 9 Negeri Sembilan, Shahurain Abu Samah dibelanja oleh pemain pertahanan Kelantan. Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari. Halim Napi gagal dalam percubaannya menafikan gol Negeri Sembilan. Fast forward ke masa rehat. Sekali lagi, pasukan cheerleaders Cochrane turun dengan rutin yang saling tak tumpah dengan rutin sebelum bermulanya perlawanan tadi. Fast forward ke separuh masa kedua. Gol kedua menyusul kira-kira 20 saat selepas wisel dibunyikan. Hairuddin Omar meloloskan diri dari perangkap offside Kelantan dan menafikan Halim Napi sebarang bentuk save. Dan gol ketiga menjelma sebelum perlawanan berusia satu jam. Sepakan penalti disempurnakan oleh pemain nombor 8, Mohd. Zaquan Adha Radzak. Tidak jemu pemain Negeri Sembilan dibelanja oleh pemain Kelantan. "Keep them coming", kata Hattan.
Suasana di stadium tegang ketika ini hasil tindakan provokasi penyokong kedua-dua pasukan. Lokasi kami berempat yang hanya berada beberapa meter dari barisan penyokong Kelantan mendatangkan rasa gentar di dalam jiwa. Sempadan manusia bernama Polis-polis Bantuan tidak sama sekali membantu. Aku dan bapaku menjadi mangsa balingan air minuman. Sah, perbuatan orang kampung sendiri. Mangkuk. Kalau tiada unsur ketepatan dan kekuatan dalam diri, janganlah dicuba-cuba melontar misil. Tak sempat merasa perisanya, aku diajak beralih kemudian keluar terus dari stadium. Dengan perasaan bangga, bongkak, riak dan sifat mazmumah sedefinisi, aku turuni tangga stadium hanya untuk disambut oleh lautan penyokong Kelantan. Aku keluar dengan jati diri terbina, mereka dengan jati diri terluka. 60 minit sudah cukup menunjukkan segala-galanya. Dan ramalanku ternyata meleset. Orgasm pertama hadir tanpa diduga.

Friday, November 6, 2009
Piala Apo?
Lupakan sebentar soalan-soalan bernilai jutaan ringgit, maut atau cepumas dalam kepala. Tiada siapa yang mahu tahu bila kau hendak bernikah, dengan siapa, ada akaun Facebook, Tweeter, main Farmville, gaji cecah 4k dan berkereta Toyota Wish atau tidak. Hmm, mungkin aku silap. Memang ada yang mahu tahu dan mempunyai sifat inkuiri yang tinggi. Jadi, di sini aku ingin tekankan bahawa kainku tidak perlu dijaga dan semangat inkuiri kamu itu tidak akan membawa kamu menjelajah mana-mana dunia baru. Amerika sudah dijumpai, begitu juga Australia. Dengan ilmu yang ada di dada kamu, aku yakin tiada planet baru pun yang bakal kamu temui.
To the matter in hand. Terpanggil aku untuk menulis siapa bakal menjulang Piala Malaysia. Skuad Kijang dari Kelantan atau skuad Rusa Negeri Sembilan? Gomo Kelate Gomo atau Hobin Jang Hobin? Lahir dan beribu bapakan orang Negeri Sembilan, pilihanku sepatutnya jelas tanpa perlu disuluh. Jika disuluh pun, silau dahiku mungkin membutakan atau paling tidak pun mencacatkan penglihatan sesaat dua. Aku tidak mengikuti perkembangan bola sepak lokal seperti dua dekad lalu. Lewat 80an dan awal 90an, hmm. Marian Valach dan adik-beradik Bozik, Miroslav dan Robert menabur bakti bermain dengan skuad Negeri Sembilan. Ingatan semasa menonton di Stadium Perbandaran Seremban walaupun sudah kurang segar dan hijau kekuningan masih bertempat dalam kotak fikiranku. Geng ke stadiumku ketika itu ialah bapaku dan rakan-rakannya, Uncle Abu dan seorang lagi Uncle yang namanya tersorok dan mungkin tidak dapat diingati. Kemudian berpindah venue, ke Stadium Paroi. Seperti Arsenal berpindah dari Highbury ke Emirates Stadium. Aku tamatkan cerita dua dekad lalu ini. Esok Kelantan monang 2-1 ke ateh pasukan den. Now, prove me wrong. Jumpo kek stediom.

Sunday, November 1, 2009
Pasca Halloween
Peristiwa-peristiwa menarik yang berlaku semalam, 31/10/2009. Tidak semuanya berkaitan dengan bola sepak.
- Negeri Sembilan ke Final Piala Malaysia dan akan bertemu pasukan Kelantan. Aku mengajak ayahku menonton final di Stadium Nasional Bukit Jalil. (Mungkin ada peluang jumpa Rita Rudaini atau mana-mana aktress Malaysia). The WAGs are taking over and the tabloids are buzzing. Aku terlupa, Malaysia bukan England.
- Aku bangun awal.
- Aku tidur awal.
Subscribe to:
Posts (Atom)