Thursday, August 27, 2009

The Workers Are Going Home

Aku bangun tepat pukul 4.45 pagi untuk bersahur. Sekadar memanaskan semula lauk berbuka semalam. Ayam goreng McD dan kurma daging. 2 gelas air dan sebatang Dunhill. Kemudian aku tidur semula. Cuba tidur semula. Selama 30 minit aku bergelut dan bergusti dengan perkara-perkara yang berlegar dalam kepalaku. Aku mengaku kalah akhirnya. Aku mandi dan bersiap untuk ke office. Awal, sangat awal. Aku sarungkan kasut. Terkejut sesaat dua aku. Ada benda bergerak dalam kasutku. Aku cabut semula kasutku dan menghempasnya ke lantai. Seekor lipas bernama Joe keluar. Mangkuk betul.

Kuturuni tangga apartmentku menuju ke kereta. Isk, bau diesel pagi-pagi buta. Sesak hidung seketika akibat terhidu gas hasil pembakaran tak sempurna lori treler 16 tayar. Pagi ini bermula dengan langkah kiri. Mungkin kerana terlupa membaca Bismillah ketika mahu keluar. Aku salahkan lipas tadi. Joe tidak sepatutnya mengejutkan aku.

Aku cuba memperkanankan langkah dengan khidmat Weezer dalam perjalanan ke office. Seems to be working. "My name is Jonas". Tiada kereta lembab, kesesakan jalanraya. Hmm, I spoke too soon. Ada accident di susur masuk ke Cyberjaya. Kereta terbalik. Kemalangan segar rasanya. Polis masih di tempat kejadian. Ada bangkai kucing. Ada sesuatu tentang melihat bangkai kucing di jalanraya yang membuat hatiku sayu.

Lewat beberapa minit bermakna tiada parking space di office. Insan-insan yang bekerja di sini park kereta sesuka hati. Double park, threesome, foursome. Berselirat, menyusahkan orang lain. Kalau pandu Waja 1.6, jangan letak kereta di tempat parking motor. Kereta aku muat, kereta kau tidak. Tempat tu ngam-ngam sek masuk Satria sebuah. Tiada otak barangkali. Tak mungkin. Pemegang-pemegang ijazah, diploma, PhD, IQ 90-100, mungkin lebih. Soalan: Apakah perkara bersifat kekirian boleh terjadi padaku hari ini (lagi)?

On pc, buka Outlook. Muncul reminder. Cindai Ballroom, 9.30am. Question answered.

Monday, August 24, 2009

Warna-warni Ramadhan

Sudah 2 hari berlalu. Setakat ini berjalan lancar. Cuma ada minor hiccup semalam. Itu pun selepas berbuka. Benda yang patut disimpan di dalam, sila simpan di dalam. Kalau bukan bulan puasa, sila pamerkan. Seberapa banyak peratus yang difikirkan sesuai. Dan pamerkan semasa ketiadaan dan ketidakhadiran adikku. Adik aku marah aku tengok.




Penagih dadah di kampung. Sila ambil perhatian. Jangan curi kabel lagi. Perbuatan tidak bermoral ini mengganggu pengguna telefon dan internet. Kamu yang kurang moral, sila dekatkan diri dengan polis. Anggota polis kita sangat bermoral.

Friday, August 21, 2009

Friday, I'm Definitely Not In Love..

I'm not a hatemonger. Aku juga tidak melibatkan diri dalam hate crimes. Benci or hate is too big of a word sometimes; by definition and usage. Aku sendiri sudah lupa bilakah kali terakhir aku betul-betul membenci seseorang. Atau menggunakan perkataan benci dalam dialog harian. Tetapi dalam blog ini, mungkin sudah beberapa kali perkataan ini digunakan. Melepaskan kemarahan atau kebencian tidak selalunya cuba mengikut nahu dan tatabahasa.

Aku benci dimanipulasi. Dipergunakan. I hate a person who uses someone because of his or her kindness. Aku bukan menyatakan bahawa aku seorang yang baik hati. Jika dilihat dalam konteks membantu seseorang, ya aku sudi menolong. Aku sedia membantu dan pinjamkan tangan serta khidmatku. Every once in a while. But when it happens every so often, then a line must be drawn. Kau mengambil kesempatan. Kesabaran ada had. Toleransiku finit. Ihklas bertukar terpaksa. "Ok, not a problem" di mulut, "Babi punya budak" di dalam hati.

Apabila bercakap tentang manipulasi ini, aku juga tidak terkecuali. Aku akui pernah memanupulasi dan memperalatkan orang. Untuk kepentingan peribadi, nikmat dunia, menyelamatkan diri dan lain-lain. Jadi itu bermakna, aku juga membenci diri sendiri. Benci dimanipulasi tetapi memanipulasi. I'm in my own hatelist. And in someone else's. That, I'm confident of but certainly not proud of.

Aku harus berhenti memanipulasi dan memperalatkan orang lain. Tetapi apa guna memperolehi 'A' dalam subjek Kemahiran Hidup jika kemahiran manipulatif tidak diaplikasi?

Wednesday, August 19, 2009

Off The Charts.. Skala Benci

If I can make a list
Of the people I hate
I put your name on top
And every line after it
Terima kasih ...Trail of Dead

Aku bercakap kau pangkah.
Aku bersuara kau pancung.
Kau mempersendakan integriti aku.
Kau mempersendakan hak aku.
Gila tak hardcore/punk rock aku pada hari ini.

Thursday, August 13, 2009

Dari Dengkil ke Kota London

Seorang bercakap tentang gender equality dan seorang lagi bercakap tentang senjata wanita. Aku tengok black mamba patuk orang. Seorang bercerita tentang masa depan, seorang pungpang pasal kerjaya. Aku tengok 22 orang mengejar sebiji bola. England terhukum dek kesilapan Rio Ferdinand. Bak kata pundit school boy error.

Masih tentang England, kali ini Abbey Road. Terselit di dada akhbar kisah tentang Abbey Road Crossing mungkin akan dipindahkan. Walaupun bukan peminat The Beatles tapi aku pernah melintas crossing itu. Jadi, aku abadikan kenangan di sana di sini.





Tuesday, August 11, 2009

Biru Hitam Warna-warni Hari Mingguku

Hari minggu berlalu tanpa apa-apa yang signifikan terjadi.
  1. Lepak minum di Retemas (bak kata kawanku) bersama 3 rakan kolej. Aku tambah petak di hadapan Retemas senyap-senyap dalam kepala. Berbual-bual tentang kehidupan, kekasih dan bekas kekasih, kerjaya, harta, gigi, meja dan kerusi bertelinga. Topik-topik mundane apabila berkumpul sambil menikmati jus tembikai, lobak merah dan tembikai susu.
  2. Rakan baikku, ketika sekolah, menengah rendah dikurniakan cahayamata pertamanya. Seorang bayi perempuan. Aku tumpang gembira. Congrats.
  3. Berjaya menghabiskan sesi membaca When I Was a Soldier setelah seminggu bertungkus lumus. So, mazal tov. Bak kata penulis buku ini. Program latihan khidmat negara ada kursus pembacaan radar? Kalau ada, aku agak berminat.
  4. Noordin Mat Top shot dead?

Friday, August 7, 2009

1.5 Pada Skala Benci

Aku memakai wajah malasku hari ini. Muka sakit, monyok macam baru hilang kasih sayang. Masih melekat di gear 1 walaupun sudah 4 jam bangun. Makan? Sudah. Minum? Pangkah. Dunhill 2-3 batang? Yang tinggal puntung. Cempedak goreng? Nasib baik biji keras. Kenapa masih malas? Terbayang diet muzik akan terganggu hari ini. Tak ada suara Jacob Bannon atau Justin Hock. Jeritan sebenarnya. Tak ada Loma Prieta, NOFX, atau Silverchair. Tak ada petikan gitar John Petrucci atau Omar Rodriguez-Lopez. Melompat dari fail ke fail ketika bercinta dengan Winamp di office nanti. Ryan Auffenberg. Aku nak dengar suara mamat ni sebaik tiba. Dizzy Spells terbaik. Puitis liriknya cukup, suara lemau tak lemak sangat, melodi simple.

Setibanya di office. "Damn it." Pekik hatiku dalam bahasa asing. Aku terus bertukar wajah. Terpaksa. Muka malas kuganti dengan muka rajin seorang pekerja yang lapar dan dahagakan cabaran. Muka seorang enthusiast, workaholic aku pasang. Muka sakit, muka monyok kubuang jauh-jauh. Bos besar sedang duduk di hadapan kubikelku. Ish, aku tak mahu ditegur kerana tertidur sambil berdengkur di office lagi. Kejadian beberapa hari sebelum ini masih hitam ditar dalam kepalaku. Nasibku baik. Manusia dicipta pandai bermuka-muka. Kan?

Tuesday, August 4, 2009

Bukit Kepong Bukit Tempur Bukit Dua

Sabtu, 1 Ogos 2009
Bangun 8 pagi. Luar biasa, tak normal. Temujanji tamat awal. Tidur, nanti aku ganti. Hujan, petanda awal. Rahmat? Kemenangan mungkin berpihak pada kami. Pemanduan diteruskan. Destinasi? Batu 16, Ulu Langat. Dusun Tua? Sesat 2, mungkin 3 kali. Salah GPS.

Pusingan 1:
Selesai briefing, 2 pasukan terbentuk. Merah lawan biru. Biru yang berpengalaman. Merah yang hijau, mentah. Pertembungan menentukan siapa tuan London yang mutlak mungkin. Pertikaian harus diselesaikan. Biru, berwaspada. Bersedia untuk bermandi darah. Tetapi aku yang terawal mati. Terduduk ditembak di bahagian kepala. Tetapi Merah masih menang.

Pusingan 2:
Letih pusingan pertama masih belum pulih. Tak cukup perlawanan pra-musim. Stamina dan kecergasan masih tak terjenguk tahap optimum. Pusingan kedua bermula agak hambar. Kedua-dua pasukan bermula berhati-hati. Akhirnya Merah tewas. Airhorn berbunyi. Aku ditembak beberapa kali dalam proses.

Pusingan 3:
Berkubu dalam pondok. Rumah kecil, mungkin markas. Balai polis. Bukit Kepung. Diserang dari dua penjuru. Sekali lagi, aku yang terawal mati di kalangan anggota pertahanan pondok kecil. Tapi masih berjaya membunuh seorang musuh. Anggota pertahanan wanita cedera teruk. Gagal menangkis percubaan tepat musuh dari jarak yang amat dekat. Pasukan medikal terpaksa dipanggil.

Pusingan 4:
Giliran kami menyerang pondok kecil. Aku pasti barisan pertahanan pondok kecil merasa ketakutan. Tenaga bunyi terhasil dari perlanggaran peluru dan dinding pondok agak mengerikan. Bermula dan berahkir agak pantas. 3 kills. 2 without firing a single shot. Gila Rambo. Aku tak suka Rambo. Gila Braddock. Airhorn kubunyikan. Aku riak. Kemenangan peribadi. Bermakna, bererti.

Pusingan 5:
Malas mahu cerita. Tak tahu siapa pemenang. Lutut menggigil, stamina hilang dengan asap rokok tadi. Aku ditembak betul-betul di antara dua mata coklat tak coklat, hitam tak hitamku. Tanpa mask, aku mungkin mencari rezeki bermain keyboard di kompleks membeli-belah, dipertemukan dengan setem 4 juta USD, mempunyai kakak seorang jururawat, memandu kereta walaupun buta dan menjalani pembedahan mengembalikan penglihatan di Singapura.

Monday, August 3, 2009

Ithnin

Pukul 1.17 pagi. Mata kantuk. Bahagian belakangku pedih. Ratusan luka kecil menjadi penyebab dan faktor kesakitan ini. Luka akibat hirisan pisau cukur Gillete. Dinding-dinding office tiba-tiba menjadi menarik, menggoda. Syok kalau dapat bergesel. Sakit+pedih juga berbekam wei. Abang yang melaksanakan upacara berbekamku yang julung-julung kalinya ini mengatakan buah pinggang aku bermasalah. Paru-paruku juga. Seorang yang berusia 21 tahun tetapi berorgankan buah pinggang dan peparu berumur 30 tahun. Mungkin lebih tua. Umurku memang 21 tahun. 8 tahun dulu. Sinusku juga tak membantu. Nasihat yang sering diabaikan sejak terciptanya Proton Saga kedengaran kembali. Makan ubat. Jangan jadi farmasi. Nasihat yang selalu tak diendahkan sejak terciptanya Proton Satria juga muncul menghantui. Jangan hisap rokok, hisap dadah. Hisap benda lain.

Soalan hari ini: Mengapa babi di Malaysia tak dibunuh walaupun H1N1 Selesema Babi menyerang tetapi ketika krisis H5N1 Selesema Burung, ayam, itik, ayam belanda dan burung-burung dihapuskan?