Wednesday, December 30, 2009

Kanser Leher

Terdapat kelainan dalam rasa Dunhill 14 sekarang. Rakan-rakan sudah memberi amaran tentang ketidak enakannya dan alternatif lain harus dicari. Bahkan ada seorang rakanku yang sudah bertukar selera; kepada Winston. Tak mengapa. Amaran rakan-rakanku itu boleh diabaikan seperti mana amaran kerajaan dan Kementerian Kesihatan diabaikan. Ish

Wednesday, December 23, 2009

Cuti Cuti Cuti

Minggu pertama cuti ini dijangka hambar. Gaji belum masuk. Nasibku baik, cutiku 2 minggu.

Thursday, December 17, 2009

Monday, November 30, 2009

Aidil Adha: Impaknya kepada Masa Hadapan

Aidil Adha.
Aku tiba pada Subuh hari Jumaat. Emakku sedang sibuk memasak juadah Hari Raya sambil dibantu adik-adikku. Tiada turkey di atas meja walaupun Thanksgiving. Tersedia di atas meja ialah nasi himpit, kuah kacang, rendang daging, rendang itik dan lemang. Perutku senyum gembira.

Sehari selepas Aidil Adha (i).
Tiada aktiviti menarik pada siang harinya. Aku menelefon beberapa orang rakan dan mengajak mereka minum di sebuah kedai mamak sambil menonton perlawanan bola sepak di ESPN. Dua orang bersetuju, seorang menolak. Menu untuk malam itu, Portsmouth bertemu Manchester United. Di atas kertas, tiga mata penuh sudah tentu berada dalam genggaman pasukan Syaitan Merah Jambu. Portsmouth bermula berani, garang. Tiada ucap salam atau Shalom pun diberikan kepada pemain skuad Syaitan Merah Jambu. Dalam keasyikan meneguk air Teh O suam, tiba-tiba aku tersorak. Rooney berjaya memenangi sepakan penalti. Berdosanya aku rasa. Aku tersorak lagi apabila Rooney menjaringkan gol kedua dan ketiga. Berdosanya aku rasa lagi. Aku mengampunkan diriku sendiri kerana berada di alam fantasi dan memartabatkan Rooney menjadi kapten pasukanku.

Sehari selepas Aidil Adha (ii).
Aku menerima panggilan telefon daripada rakan baikku petang itu. Cuma berbual kosong. Bertanyakan berapa lama percutian Aidil Adha masing-masing sebelum aku tersentak hampir diserang sinusitis apabila dia mengatakan dia mahu mendirikan rumahtangga tahun hadapan. Memang tak terduga, tak tertelah, tak terjangka ungkapan dan kata-kata itu boleh keluar dari mulutnya. Then again, kalau sudah jodoh. Dan itu membuatkan kuberfikir sebentar. Aku membangkitkan topik tersebut kepada dua rakanku ketika berada di kedai mamak. Dan ungkapan yang sama muncul lagi daripada salah seorang daripada mereka. Deja Vukah ini? Then again, kalau sudah jodoh. Fitrah manusia. Dan itu membuatkan keberfikir lagi. Harus ke tandas sekarang; perlu menunaikan fitrah alam yang lain terlebih dahulu.

Thursday, November 26, 2009

Pra Aidil Adha

Esok, Jumaat. Hari Raya Aidil Adha. Hari Raya Korban. 10 Zulhijjah. Cuti umum. Mengikut kalendar kerja Amerika Syarikat, tiada cuti bagi menyambut Eid al-Adha (sudah tentu). Tetapi nasib menyebelahiku. Rakyat Amerika Syarikat secara kebetulan menyambut Thanksgiving dan bercuti pada hari Khamis dan Jumaat. Jadi, aku bercuti dua hari. Satu hari sebenarnya kerana sekarang aku sedang membanting tulang di office membuat OT. Dalam perjalanan ke office, aku singgah menjamu perut di McDonald's. Terkorban dan menjadi mangsa kepada iklan Prosperity Burger di televisyen. Bermandi peluh aku menghabiskan burger bernilai RM13.75 itu. Tidak kurang daripada empat helai tisu menjadi mangsa peluhku. Sedang aku menghirup Sprite, aku terkenang zaman remajaku. Zaman boikot-memboikot. Zaman negara diwarnakan hitam. Dan salah satu mangsa boikot? Sudah tentu McDonalds. Or should I dare say McMurder.

Monday, November 23, 2009

West Ham: Katy Perry dan Survival


Semasa berada di Stansted, aku sempat berbual dengan seorang lelaki Inggeris. Kami sedang menunggu untuk mendaftar masuk dan menanti penerbangan pulang ke Kuala Lumpur. Kami cuma berbual kosong tetapi topik yang paling aku ingati daripada perbualan kami ialah tentang West Ham dan Gianfranco Zola. Dia berkata kepadaku bahawa anaknya tidak mahu menyokong West Ham sepertinya. Anaknya hanya mahu menyokong pasukan juara. i.e. Manchested United. Untuk rekod, anaknya lahir di Malaysia dan lelaki ini telah berkhidmat di Malaysia selama 7 tahun. Dengan berbekalkan tarikan seksual Katy Perry, aku rasa anak kecilnya itu mungkin berubah.

Thursday, November 19, 2009

Lagak Zebra

Buku yang disangka telah ditutup, tertutup rupa-rupanya masih terbuka. Maksima sungguh impak peninggalannya. Tiada F untuk Maaf untukmu.

Tuesday, November 17, 2009

Hope: Satu Konspirasi

Aku sudah berhenti. Berhenti berharap. Cuma belum berhenti bermimpi.

Friday, November 13, 2009

Esok = Sabtu. Esok=Seronok

Kali pertama aku menggunakan tandas sambil dihiburkan lagu dendangan orang yang sedang membuang air besar. Esok, La Quiete. Esok, Orbit Cinta Benjamin. Orgasm mini menanti.

Sunday, November 8, 2009

Pasca Piala Malaysia

Sebelum bermula. Satu fakta yang tidak boleh aku pertikaikan dan aku bercakap berdasarkan pengalaman, pertemuan dan tragedi. Ok, tiada tragedi. Kelantan mempunyai ketumpatan gadis comel yang tinggi. Jauh lebih tinggi daripada Negeri Sembilan. Justeru itu, aku ingin secara ikhlasnya tidak bersetuju dengan kain rentang atau banner dalam slanga popular milik penyokong Kelantan; "Kito anok Kelate. Bako orghe brani. bla bla bla". Aku tak ingat keseluruhannya kerana kosa kata Kelantanku agak buruk. Kata kunci di sini, ORGHE. Dua tiga kali perkataan itu dieja pun masih bunyi OR-GE ataupun ORG-HE yang keluar dari mulutku. Maaf jika bahasa Kelantan menerapkan kaedah 'silent letters' dalam kaedah sebutannya. Oops, sorry. They do. Jika dinilai daripada perangai sebahagian penyokong, tidak salah aku katakan memang terbukti keORGEan mereka. Tetapi pada malam itu ataupun sepanjang 13 tahun aku berada/belajar/bermain/tidak berbuat apa-apa di negeri orang, aku tidak pernah menemui gadis berkulit hijau, berbadan besar, berperut buncit yang berasal dari Kelantan. Kaum Adam Kelantan sebegitu pun tidak pernah kutemui.

Perjalanan dari Kampung Titian Akar bermula pada pukul 4.50 petang. Empat tiket ihsan digunakan sebaiknya. Tanpa berbekalkan apa-apa, cuma semangat jati diri yang tidaklah sehebat mana; kami berempat bertolak dengan kereta terpalit tahi lembu di semua tayar. Mengelak tahi lembu di kawasan kampung di Rembau memang tugas berat. Jadi, aku sebagai pemandu harus permudahkan tugasku. Setelah hampir 3 jam di atas jalanraya mengharung kesesakan, akhirnya kami berempat tiba di Stadium Nasional Bukit Jalil. Aku berperang dengan hati dan fikiran skeptikalku sepanjang perjalanan. Kami bakal pulang hampa.

Suasana di dalam stadium agak mengagumkan. Sudah lama rasa euphoria dan keterujaan meminggirkan diriku. Tetapi pada malam itu, semuanya hadir seperti dua sahabat yang 13 tahun tidak bertemu. Hmm, 2 tahun 10 bulan sebenarnya. 3/4 stadium dibanjiri oleh penyokong Kelantan, berbaju merah dan tidak berkulit hijau. Hanya suku stadium disi penyokong berbaju kuning atau hitam dan memang tidak berkulit hijau sepertiku datangnya dari selatan Bukit Jalil. Sekurang-kurangnya, dua warna. Bukannya lautan biru yang kadang kala melesukan mata ketika aku menjadi penonton perlawanan sebuah kelab London di Stadium Shah Alam.

Setelah nama pemain diumumkan, setelah pasukan cheerleaders membaraikan majlis dan setelah Yamtuan Besar sudi bersalaman dengan para pemain, detik keramat pun tiba. Harapan ataupun ekpektasiku tidaklah melangit mana. Skeptikal katakan. Cuma permainan Arsenalesque yang kuinginkan daripada kesebelasan utama negeri tercinta. Tapi 3 minit pertama sudah cukup membawaku ke pangkal jalan. Arsenalistik yang dicita, Wolverhamptonistik yang mendatang. Tidak dinafikan hati aku juga berada di kota Birmingham ketika itu.

Gol pertama hadir setelah pemain nombor 9 Negeri Sembilan, Shahurain Abu Samah dibelanja oleh pemain pertahanan Kelantan. Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari. Halim Napi gagal dalam percubaannya menafikan gol Negeri Sembilan. Fast forward ke masa rehat. Sekali lagi, pasukan cheerleaders Cochrane turun dengan rutin yang saling tak tumpah dengan rutin sebelum bermulanya perlawanan tadi. Fast forward ke separuh masa kedua. Gol kedua menyusul kira-kira 20 saat selepas wisel dibunyikan. Hairuddin Omar meloloskan diri dari perangkap offside Kelantan dan menafikan Halim Napi sebarang bentuk save. Dan gol ketiga menjelma sebelum perlawanan berusia satu jam. Sepakan penalti disempurnakan oleh pemain nombor 8, Mohd. Zaquan Adha Radzak. Tidak jemu pemain Negeri Sembilan dibelanja oleh pemain Kelantan. "Keep them coming", kata Hattan.

Suasana di stadium tegang ketika ini hasil tindakan provokasi penyokong kedua-dua pasukan. Lokasi kami berempat yang hanya berada beberapa meter dari barisan penyokong Kelantan mendatangkan rasa gentar di dalam jiwa. Sempadan manusia bernama Polis-polis Bantuan tidak sama sekali membantu. Aku dan bapaku menjadi mangsa balingan air minuman. Sah, perbuatan orang kampung sendiri. Mangkuk. Kalau tiada unsur ketepatan dan kekuatan dalam diri, janganlah dicuba-cuba melontar misil. Tak sempat merasa perisanya, aku diajak beralih kemudian keluar terus dari stadium. Dengan perasaan bangga, bongkak, riak dan sifat mazmumah sedefinisi, aku turuni tangga stadium hanya untuk disambut oleh lautan penyokong Kelantan. Aku keluar dengan jati diri terbina, mereka dengan jati diri terluka. 60 minit sudah cukup menunjukkan segala-galanya. Dan ramalanku ternyata meleset. Orgasm pertama hadir tanpa diduga.

Friday, November 6, 2009

Piala Apo?

Lupakan sebentar soalan-soalan bernilai jutaan ringgit, maut atau cepumas dalam kepala. Tiada siapa yang mahu tahu bila kau hendak bernikah, dengan siapa, ada akaun Facebook, Tweeter, main Farmville, gaji cecah 4k dan berkereta Toyota Wish atau tidak. Hmm, mungkin aku silap. Memang ada yang mahu tahu dan mempunyai sifat inkuiri yang tinggi. Jadi, di sini aku ingin tekankan bahawa kainku tidak perlu dijaga dan semangat inkuiri kamu itu tidak akan membawa kamu menjelajah mana-mana dunia baru. Amerika sudah dijumpai, begitu juga Australia. Dengan ilmu yang ada di dada kamu, aku yakin tiada planet baru pun yang bakal kamu temui.

To the matter in hand. Terpanggil aku untuk menulis siapa bakal menjulang Piala Malaysia. Skuad Kijang dari Kelantan atau skuad Rusa Negeri Sembilan? Gomo Kelate Gomo atau Hobin Jang Hobin? Lahir dan beribu bapakan orang Negeri Sembilan, pilihanku sepatutnya jelas tanpa perlu disuluh. Jika disuluh pun, silau dahiku mungkin membutakan atau paling tidak pun mencacatkan penglihatan sesaat dua. Aku tidak mengikuti perkembangan bola sepak lokal seperti dua dekad lalu. Lewat 80an dan awal 90an, hmm. Marian Valach dan adik-beradik Bozik, Miroslav dan Robert menabur bakti bermain dengan skuad Negeri Sembilan. Ingatan semasa menonton di Stadium Perbandaran Seremban walaupun sudah kurang segar dan hijau kekuningan masih bertempat dalam kotak fikiranku. Geng ke stadiumku ketika itu ialah bapaku dan rakan-rakannya, Uncle Abu dan seorang lagi Uncle yang namanya tersorok dan mungkin tidak dapat diingati. Kemudian berpindah venue, ke Stadium Paroi. Seperti Arsenal berpindah dari Highbury ke Emirates Stadium. Aku tamatkan cerita dua dekad lalu ini. Esok Kelantan monang 2-1 ke ateh pasukan den. Now, prove me wrong. Jumpo kek stediom.

Sunday, November 1, 2009

Pasca Halloween

Peristiwa-peristiwa menarik yang berlaku semalam, 31/10/2009. Tidak semuanya berkaitan dengan bola sepak.
  1. Negeri Sembilan ke Final Piala Malaysia dan akan bertemu pasukan Kelantan. Aku mengajak ayahku menonton final di Stadium Nasional Bukit Jalil. (Mungkin ada peluang jumpa Rita Rudaini atau mana-mana aktress Malaysia). The WAGs are taking over and the tabloids are buzzing. Aku terlupa, Malaysia bukan England.
  2. Aku bangun awal.
  3. Aku tidur awal.

Sunday, October 18, 2009

Bekerja Pada Hari Ahad

Jemputan ke rumah terbuka hari ini tak dapat kupenuhi. Kini berada di office, menabur khidmat bakti sambil ditemani lagu-lagu dendangan Metallica, Dato' Shake, (Dato') Siti Nurhaliza antara lain. Hmm, kombo pelik. Terima kasih DJ bertugas. Namun aku berasa agak terkilan kerana hajat untuk menajamkan skil komunikasi tak dapat ditunaikan.

Chelsea tewas 1-2 kepada Aston Villa. Menyesal menjual Collins pada hari Jumaat. Hmm

Liverpool tewas 0-1 di kaki Sunderland. Sila bawa penyokong cilik yang membaling beach ball merah ke atas padang itu ke muka pengadilan. Hukum ibu-bapanya sekali.

Friday, October 16, 2009

Menjelang Hujung Minggu

2 jemputan rumah terbuka pada hari Sabtu dan 1 jemputan pada hari Ahad. Masa untuk menajamkan skil komunikasi dan sosialku. Hmm.

Terdengar juga ura-ura bahawa aku dan semua rakan sepejabat bakal dijemput untuk menunaikan sesi kerja lebih masa pada hari Ahad. Hmm.

Jadual hujung mingguku sudah tersedia.

Thursday, October 15, 2009

Operation: Ivy Tak Ivy

Dada hampir lapang. Kepala kurang kusut.

Tetapi implementasi belum menjadi kenyataan.

Who's the next to hit the ground tonight take warning

If it was intentional, then good for you.

Anyway, thank you so much and good riddance in advance.

Tuesday, October 13, 2009

Garang Hari Ini

Mengamuk, memaki hamun di hadapan PC, kubikel.
Marahkan monitor? Font Arial? Outlook? Kebodohan orang?

Despite all my rage, I am still just a rat in a cage

Monday, October 12, 2009

Ikan Koi, Ikan Kap

Mode emo pula pada awal minggu. Tanda-tanda kurang baik, selalunya.

  1. Kerja banyak di office. Luar biasa banyaknya.
  2. Kereta juga tidak ketinggalan menyumbang kepada kekusutan dalam kotak fikiran. Bunyi macam bas kata adikku.
  3. Sakit mata.
On the flipside of things, aku mulakan syif pagiku minggu ini. Dua minggu duduk berhadapan dengan akuarium ungu mungkin satu kebaikan. Kebaikan?
Kenapa perkara-perkara yang selalunya menjolok mata membawa kebaikan? Hmm

Friday, October 9, 2009

To Voodoo or Not To Voodoo

Siapa aku nak voodoo?

Jiran aku?
Bekas-bekas kekasih?
Alex Ferguson?
Semua peminat Manchester United?

Banyak patung voodoo harus dibuat.
Letih.
Tak elok.
Berdosa.

Tuesday, October 6, 2009

Pandan; Desa Kampung Indah

Semua bercerita tentang bola sepak sekarang. Harus ikut trend, baru trendy. Hmm.

Sipadan, teringin ke sana. Jamu mata melihat penyu berterumbu karang di atas cengkerang. Bak kata kawanku.

Jakarta, teringin ke sana sekali lagi. Bertemu Pak Billy dan menonton sinetron bersama-sama. Membelek katalog bersama-sama.

London, teringin ke sana sekali lagi. Terlepas peluang ke Highbury dan Emirates Stadium semasa kunjungan yang lepas. Mungkin property hunting di Highbury. Dalam mimpi dalam hidup yang akan datang yang tak akan kesampaian walau hidup 1000 tahun.

Lama sungguh tak berkaraoke. Isk

Thursday, October 1, 2009

Pasca Aidil Fitri 2009

Aidil Fitri yang tidak begitu meriah. Memang disambut sederhana. Setiap tahun. Tiada peristiwa menarik berlaku. Tiada aktiviti bermain meriam buluh di kubur Cina. Tidak berkumpul beramai-ramai di rumah besar di Kampung Kolam Air. Hmm

Wednesday, September 16, 2009

Best-best, tak best

Talk about good things in life only last for a moment. Orgasm sebulan? Lupakan.

Monday, September 14, 2009

"Aku jumpo Robbie ngan Pendek"

Realitinya, hujung minggu yang baru lepas membuka mataku kepada beberapa perkara.
  1. Kombinasi perut kosong, Nescafe, jus mangga, nasi dan ayam yang kurang masak boleh membuatkan aku muntah di tempat umum.
  2. Tak salah menjadi seorang yang suspicious dan berjaga-jaga.
  3. Tak salah jika kurang bercakap.
  4. Reserve tempat untuk berbuka di kawasan BB/Sg Wang seawal boleh.
  5. Aku mempunyai shoe fetish, rasanya.

Saturday, September 12, 2009

Reunion Yang Belum Tentu Indah

Hmm, aku masih belum melakukan aktiviti membeli-belah untuk Aidilfitri ini. Takkan nak beraya dengan hanya memakai kasut?

Soalan hari ini: Kenapa harus membeli-belah? Kenapa tidak membeli-beli?

Friday, September 11, 2009

Yang Senyap di Malaysia

La Quiete here in Malaysia?? Isk, cemburu membawa kepada maut dengan Daighila dan KINSFOLK.
"Malik, lu main ngan La Quiete?"
"Jeles wei."

Thursday, September 10, 2009

Wednesday, September 9, 2009

Ramadhan Membawa Keceriaan

Workers' triumph. Walaupun aku tak menyumbang atau menyuarakan apa-apa pun secara formal. Memori Cindai Ballroom boleh dilupuskan. Dibuang jauh-jauh. Dipadamkan dari storan.

Tuesday, September 8, 2009

Jatuh dan Mungkin Tidak Bangkit

Hmm, berat badanku susut 0.5kg. Jadi, benarlah puasa boleh mengurangkan jisim seseorang. Impian berberat badan unggul terbantut seketika. Aku harus berbuka atau bersahur agak luar biasa daripada selalu mungkin. Hmm, mustahil. Perutku berisipadu kecil. Tau Fu Fa dan 1-2 biji kurma sudah cukup untuk membuatku tersandar. Kalau disertakan dengan nasi beriani gam, ayam masak black pepper atau murtabak daging sudah pasti aku pengsan kekenyangan. Mungkin muntah-muntah. Lagipun aku malas berjalan mengelilingi pasar Ramadhan di Bangi. Meskipun aku biasanya hanya menuju ke 3 atau 4 gerai kegemaran. Sesak seperti bazaar Ramadhan kebanyakan. Seksyen 13 Shah Alam, Taman Melawati. Cuma berskala agak kecil sedikit. Berjalan mengikut rentak orang di hadapan. Hendak memotong agak sukar. Arus bertentangan tak putus-putus dengan manusia.

Tidak mengapa. Usaha bakal diteruskan sesudah Ramadhan. Mungkin kebanjiran rumah terbuka boleh membantu. Hmm, itupun kalau diundang. Esok? Nasi beriani gam berlaukkan ayam kampung goreng. Aku ragui keaslian ayam kampung itu tetapi apakan daya.

Wednesday, September 2, 2009

Sahur dan Pasca Sahur

Perbualan ketika bersahur berkisar tentang soalan terbaik pernah diajukan, prozac, schizophrenia dan tidak mengapa jika mati pada umur 22 pun. Makes me wonder, apa yang telah aku capai dan lakukan pada umur 22 tahun? Mula belajar mencukur misai, masih bergiat separa aktif dalam arena percintaan, aktif dalam bidang memonteng kelas, belajar chords lagu At The Drive-In. Hmm, itu sahaja aku boleh senaraikan sekarang. Ada banyak lagi aku rasa. Even at the age of 29 ini pun, aku mungkin hanya boleh menambah beberapa barisan sahaja di bawah senarai tersebut. Minus the shaving part. Aku rasa itu boleh diketepikan. It's a bit sad, apabila memikirkan seseorang boleh berkata dia tak peduli pun mati pada usia 22 tahun.

Aku tak berhak menilai. Jadi, aku noktahkan di sini. Mungkin sedikit kasih sayang boleh membantu.

Prasahur di Tembok

Soalan yang diajukan kepadaku (dan rakan-rakan sepejabatku):
"Kalau senyap-senyap, korang ade dengar suare dalam kepala korang tak?"

Thursday, August 27, 2009

The Workers Are Going Home

Aku bangun tepat pukul 4.45 pagi untuk bersahur. Sekadar memanaskan semula lauk berbuka semalam. Ayam goreng McD dan kurma daging. 2 gelas air dan sebatang Dunhill. Kemudian aku tidur semula. Cuba tidur semula. Selama 30 minit aku bergelut dan bergusti dengan perkara-perkara yang berlegar dalam kepalaku. Aku mengaku kalah akhirnya. Aku mandi dan bersiap untuk ke office. Awal, sangat awal. Aku sarungkan kasut. Terkejut sesaat dua aku. Ada benda bergerak dalam kasutku. Aku cabut semula kasutku dan menghempasnya ke lantai. Seekor lipas bernama Joe keluar. Mangkuk betul.

Kuturuni tangga apartmentku menuju ke kereta. Isk, bau diesel pagi-pagi buta. Sesak hidung seketika akibat terhidu gas hasil pembakaran tak sempurna lori treler 16 tayar. Pagi ini bermula dengan langkah kiri. Mungkin kerana terlupa membaca Bismillah ketika mahu keluar. Aku salahkan lipas tadi. Joe tidak sepatutnya mengejutkan aku.

Aku cuba memperkanankan langkah dengan khidmat Weezer dalam perjalanan ke office. Seems to be working. "My name is Jonas". Tiada kereta lembab, kesesakan jalanraya. Hmm, I spoke too soon. Ada accident di susur masuk ke Cyberjaya. Kereta terbalik. Kemalangan segar rasanya. Polis masih di tempat kejadian. Ada bangkai kucing. Ada sesuatu tentang melihat bangkai kucing di jalanraya yang membuat hatiku sayu.

Lewat beberapa minit bermakna tiada parking space di office. Insan-insan yang bekerja di sini park kereta sesuka hati. Double park, threesome, foursome. Berselirat, menyusahkan orang lain. Kalau pandu Waja 1.6, jangan letak kereta di tempat parking motor. Kereta aku muat, kereta kau tidak. Tempat tu ngam-ngam sek masuk Satria sebuah. Tiada otak barangkali. Tak mungkin. Pemegang-pemegang ijazah, diploma, PhD, IQ 90-100, mungkin lebih. Soalan: Apakah perkara bersifat kekirian boleh terjadi padaku hari ini (lagi)?

On pc, buka Outlook. Muncul reminder. Cindai Ballroom, 9.30am. Question answered.

Monday, August 24, 2009

Warna-warni Ramadhan

Sudah 2 hari berlalu. Setakat ini berjalan lancar. Cuma ada minor hiccup semalam. Itu pun selepas berbuka. Benda yang patut disimpan di dalam, sila simpan di dalam. Kalau bukan bulan puasa, sila pamerkan. Seberapa banyak peratus yang difikirkan sesuai. Dan pamerkan semasa ketiadaan dan ketidakhadiran adikku. Adik aku marah aku tengok.




Penagih dadah di kampung. Sila ambil perhatian. Jangan curi kabel lagi. Perbuatan tidak bermoral ini mengganggu pengguna telefon dan internet. Kamu yang kurang moral, sila dekatkan diri dengan polis. Anggota polis kita sangat bermoral.

Friday, August 21, 2009

Friday, I'm Definitely Not In Love..

I'm not a hatemonger. Aku juga tidak melibatkan diri dalam hate crimes. Benci or hate is too big of a word sometimes; by definition and usage. Aku sendiri sudah lupa bilakah kali terakhir aku betul-betul membenci seseorang. Atau menggunakan perkataan benci dalam dialog harian. Tetapi dalam blog ini, mungkin sudah beberapa kali perkataan ini digunakan. Melepaskan kemarahan atau kebencian tidak selalunya cuba mengikut nahu dan tatabahasa.

Aku benci dimanipulasi. Dipergunakan. I hate a person who uses someone because of his or her kindness. Aku bukan menyatakan bahawa aku seorang yang baik hati. Jika dilihat dalam konteks membantu seseorang, ya aku sudi menolong. Aku sedia membantu dan pinjamkan tangan serta khidmatku. Every once in a while. But when it happens every so often, then a line must be drawn. Kau mengambil kesempatan. Kesabaran ada had. Toleransiku finit. Ihklas bertukar terpaksa. "Ok, not a problem" di mulut, "Babi punya budak" di dalam hati.

Apabila bercakap tentang manipulasi ini, aku juga tidak terkecuali. Aku akui pernah memanupulasi dan memperalatkan orang. Untuk kepentingan peribadi, nikmat dunia, menyelamatkan diri dan lain-lain. Jadi itu bermakna, aku juga membenci diri sendiri. Benci dimanipulasi tetapi memanipulasi. I'm in my own hatelist. And in someone else's. That, I'm confident of but certainly not proud of.

Aku harus berhenti memanipulasi dan memperalatkan orang lain. Tetapi apa guna memperolehi 'A' dalam subjek Kemahiran Hidup jika kemahiran manipulatif tidak diaplikasi?

Wednesday, August 19, 2009

Off The Charts.. Skala Benci

If I can make a list
Of the people I hate
I put your name on top
And every line after it
Terima kasih ...Trail of Dead

Aku bercakap kau pangkah.
Aku bersuara kau pancung.
Kau mempersendakan integriti aku.
Kau mempersendakan hak aku.
Gila tak hardcore/punk rock aku pada hari ini.

Thursday, August 13, 2009

Dari Dengkil ke Kota London

Seorang bercakap tentang gender equality dan seorang lagi bercakap tentang senjata wanita. Aku tengok black mamba patuk orang. Seorang bercerita tentang masa depan, seorang pungpang pasal kerjaya. Aku tengok 22 orang mengejar sebiji bola. England terhukum dek kesilapan Rio Ferdinand. Bak kata pundit school boy error.

Masih tentang England, kali ini Abbey Road. Terselit di dada akhbar kisah tentang Abbey Road Crossing mungkin akan dipindahkan. Walaupun bukan peminat The Beatles tapi aku pernah melintas crossing itu. Jadi, aku abadikan kenangan di sana di sini.





Tuesday, August 11, 2009

Biru Hitam Warna-warni Hari Mingguku

Hari minggu berlalu tanpa apa-apa yang signifikan terjadi.
  1. Lepak minum di Retemas (bak kata kawanku) bersama 3 rakan kolej. Aku tambah petak di hadapan Retemas senyap-senyap dalam kepala. Berbual-bual tentang kehidupan, kekasih dan bekas kekasih, kerjaya, harta, gigi, meja dan kerusi bertelinga. Topik-topik mundane apabila berkumpul sambil menikmati jus tembikai, lobak merah dan tembikai susu.
  2. Rakan baikku, ketika sekolah, menengah rendah dikurniakan cahayamata pertamanya. Seorang bayi perempuan. Aku tumpang gembira. Congrats.
  3. Berjaya menghabiskan sesi membaca When I Was a Soldier setelah seminggu bertungkus lumus. So, mazal tov. Bak kata penulis buku ini. Program latihan khidmat negara ada kursus pembacaan radar? Kalau ada, aku agak berminat.
  4. Noordin Mat Top shot dead?

Friday, August 7, 2009

1.5 Pada Skala Benci

Aku memakai wajah malasku hari ini. Muka sakit, monyok macam baru hilang kasih sayang. Masih melekat di gear 1 walaupun sudah 4 jam bangun. Makan? Sudah. Minum? Pangkah. Dunhill 2-3 batang? Yang tinggal puntung. Cempedak goreng? Nasib baik biji keras. Kenapa masih malas? Terbayang diet muzik akan terganggu hari ini. Tak ada suara Jacob Bannon atau Justin Hock. Jeritan sebenarnya. Tak ada Loma Prieta, NOFX, atau Silverchair. Tak ada petikan gitar John Petrucci atau Omar Rodriguez-Lopez. Melompat dari fail ke fail ketika bercinta dengan Winamp di office nanti. Ryan Auffenberg. Aku nak dengar suara mamat ni sebaik tiba. Dizzy Spells terbaik. Puitis liriknya cukup, suara lemau tak lemak sangat, melodi simple.

Setibanya di office. "Damn it." Pekik hatiku dalam bahasa asing. Aku terus bertukar wajah. Terpaksa. Muka malas kuganti dengan muka rajin seorang pekerja yang lapar dan dahagakan cabaran. Muka seorang enthusiast, workaholic aku pasang. Muka sakit, muka monyok kubuang jauh-jauh. Bos besar sedang duduk di hadapan kubikelku. Ish, aku tak mahu ditegur kerana tertidur sambil berdengkur di office lagi. Kejadian beberapa hari sebelum ini masih hitam ditar dalam kepalaku. Nasibku baik. Manusia dicipta pandai bermuka-muka. Kan?

Tuesday, August 4, 2009

Bukit Kepong Bukit Tempur Bukit Dua

Sabtu, 1 Ogos 2009
Bangun 8 pagi. Luar biasa, tak normal. Temujanji tamat awal. Tidur, nanti aku ganti. Hujan, petanda awal. Rahmat? Kemenangan mungkin berpihak pada kami. Pemanduan diteruskan. Destinasi? Batu 16, Ulu Langat. Dusun Tua? Sesat 2, mungkin 3 kali. Salah GPS.

Pusingan 1:
Selesai briefing, 2 pasukan terbentuk. Merah lawan biru. Biru yang berpengalaman. Merah yang hijau, mentah. Pertembungan menentukan siapa tuan London yang mutlak mungkin. Pertikaian harus diselesaikan. Biru, berwaspada. Bersedia untuk bermandi darah. Tetapi aku yang terawal mati. Terduduk ditembak di bahagian kepala. Tetapi Merah masih menang.

Pusingan 2:
Letih pusingan pertama masih belum pulih. Tak cukup perlawanan pra-musim. Stamina dan kecergasan masih tak terjenguk tahap optimum. Pusingan kedua bermula agak hambar. Kedua-dua pasukan bermula berhati-hati. Akhirnya Merah tewas. Airhorn berbunyi. Aku ditembak beberapa kali dalam proses.

Pusingan 3:
Berkubu dalam pondok. Rumah kecil, mungkin markas. Balai polis. Bukit Kepung. Diserang dari dua penjuru. Sekali lagi, aku yang terawal mati di kalangan anggota pertahanan pondok kecil. Tapi masih berjaya membunuh seorang musuh. Anggota pertahanan wanita cedera teruk. Gagal menangkis percubaan tepat musuh dari jarak yang amat dekat. Pasukan medikal terpaksa dipanggil.

Pusingan 4:
Giliran kami menyerang pondok kecil. Aku pasti barisan pertahanan pondok kecil merasa ketakutan. Tenaga bunyi terhasil dari perlanggaran peluru dan dinding pondok agak mengerikan. Bermula dan berahkir agak pantas. 3 kills. 2 without firing a single shot. Gila Rambo. Aku tak suka Rambo. Gila Braddock. Airhorn kubunyikan. Aku riak. Kemenangan peribadi. Bermakna, bererti.

Pusingan 5:
Malas mahu cerita. Tak tahu siapa pemenang. Lutut menggigil, stamina hilang dengan asap rokok tadi. Aku ditembak betul-betul di antara dua mata coklat tak coklat, hitam tak hitamku. Tanpa mask, aku mungkin mencari rezeki bermain keyboard di kompleks membeli-belah, dipertemukan dengan setem 4 juta USD, mempunyai kakak seorang jururawat, memandu kereta walaupun buta dan menjalani pembedahan mengembalikan penglihatan di Singapura.

Monday, August 3, 2009

Ithnin

Pukul 1.17 pagi. Mata kantuk. Bahagian belakangku pedih. Ratusan luka kecil menjadi penyebab dan faktor kesakitan ini. Luka akibat hirisan pisau cukur Gillete. Dinding-dinding office tiba-tiba menjadi menarik, menggoda. Syok kalau dapat bergesel. Sakit+pedih juga berbekam wei. Abang yang melaksanakan upacara berbekamku yang julung-julung kalinya ini mengatakan buah pinggang aku bermasalah. Paru-paruku juga. Seorang yang berusia 21 tahun tetapi berorgankan buah pinggang dan peparu berumur 30 tahun. Mungkin lebih tua. Umurku memang 21 tahun. 8 tahun dulu. Sinusku juga tak membantu. Nasihat yang sering diabaikan sejak terciptanya Proton Saga kedengaran kembali. Makan ubat. Jangan jadi farmasi. Nasihat yang selalu tak diendahkan sejak terciptanya Proton Satria juga muncul menghantui. Jangan hisap rokok, hisap dadah. Hisap benda lain.

Soalan hari ini: Mengapa babi di Malaysia tak dibunuh walaupun H1N1 Selesema Babi menyerang tetapi ketika krisis H5N1 Selesema Burung, ayam, itik, ayam belanda dan burung-burung dihapuskan?

Thursday, July 30, 2009

Sembilan Puluh Tiga


Form 1. Mencapai akil baligh. Kenal Radiohead, tak kenal Nirvana. Kenal Pearl Jam, tak nak kenal Nirvana. Album tahun 1993 pada aku, Unknown Road Pennywise. Kononnya Pennywise sangat sampai aku tampal sticker band ini kat windscreen kereta aku. Aku tinggal di sebuah bandar kecil. Mungkin pekan kecil sebenarnya; di Negeri Sembilan. Apa beza? Sekarang dah ada P1 Wimax. Tetapi di poskod aku tinggal sekarang, masih tak ada. Kata berposkod kawasan negeri maju? Sayang sudah berpindah. Tak boleh expect dengar muzik hebat sangat masa itu. Kedai kaset pun limited. 3-4 buah. Dengar benda pelik-pelik, kau sudah boleh jadi Godfather daerah. CD memang terjual tetapi dengan duit belanja sekolah setakat RM1-2, baik lupakan. Lupa, masa tu tak ada CD player. Internet pun tak ada lagi. Sekarang ada Megaupload, Mediafire, Rapidshare, share-share, sharing is caring konon. Share girlfriend kau nak? Dubbing tu kerja sampingan. Selain itu, berbasikal. Kenapa basikal mahal sangat sekarang wei?

Wednesday, July 29, 2009

Poslaju-laju

Setem. Lama dah tak guna. Lama dah tak beli. Lama dah tak jilat. Lama sudah tak pergi menonton movie. Valkyrie, filem terakhir aku tonton. Kebetulan di bioskop Cineleasure. Semalam, aku tonton Setem atas ajakan rakanku. Free, walaupun Damansara tu agak jauh. Bukan aku drive pun. Ada mixed feelings, expectations sebelum pergi. Bestkah, tak bestkah? Bakal tertidurkah aku seperti kali terakhir aku tonton movie pada waktu malam? Beauty sleepku sudah pasti tergendala, terencat. Tapi berbaloikah terencat? Afdlin, V, Shidi, Indy, Que, Bront, Sathiya. Line up macam Liverpool. Powerkah Liverpool?

Thursday, July 23, 2009

Col


Manusia yang menggembirakan hari-hariku. Pembetulan, kebanyakan hariku

Wednesday, July 22, 2009

Larikan Diri, Megan, Russia

Mode Reggie & The Full Effect. Weezer dan Ozma juga.

Question of the day: Natalie Portman, will you marry a Muslim guy?

Monday, July 20, 2009

Oversleeping Again

Terlewat bangun. Jarum jam menunjukkan pukul 7.45pagi. Tipu, handphone aku guna digital clock. Mandi-mandi. Aku mula berpakaian dan bersiap. Isnin, selalunya begini. But I don't hate Mondays. Kalau bekerja shift malam, pagi Isnin selalunya indah tetapi malamnya sangat menguji. Indah kerana dapat tidur lama di siang hari, tetapi rabak kantuknya di waktu malam. Shift pagi? Traffic jam, menggalas kerja boss yang lambat datang. Breakfast bersama-sama, menatap hot chicks. So, i guess they cancelled eath other out. Terpaksa ubah statement. Kadang-kadang aku benci hari Isnin, kadang-kadang aku suka. Keluar rumah. Roundabout mesti sesak ketika ini. Tak perlu panik. Lambat pun lambat lah. Nyanyi Oversleeping dulu.

Damn! Oversleeping again Damn!
I can't believe I did it once again
I can make it in time if
I jump out of bed if
I skip to wear clothes and get running instead
if I get on my feet
if I skip to hit snooze
if I don't care to eatand get running instead
I can make it in time
Been oversleeping on Monday
I don't care let's pretend that it's Sunday

Perlu senantiasa riang ke office. Tiba sahaja di office, mood pasti berubah. Kenapa?

Tuesday, July 14, 2009

Sunday Bloody Sunday

Hari grind and matematik di Ampang semalam. Juga hari berbaju Converge pada kebanyakan orang. Hari bertemu rakan-rakan. Hari bercakap agak banyak daripada normal. Juga hari mengatakan benda-benda yang tak sepatutnya. Hari ankward. Hari out of place. Hari kerugian kerana tidak pergi tengok Envy. Hari perasan. Bukan hari mengumpat. Aku jarang mengumpat. And of course hari Ahad.

Banyak benda berlaku dalam sehari. Hmm, dan aku mula ingat life aku boring.

Friday, July 10, 2009

Teng Teng

Hari yang membosankan di office. Sudah masuk hari ketiga. Tidak begitu banyak kerja. Facebook kurang aktiviti. Tak boleh main jamlegend. Bos-bos tekun tidak membuat kerja di hadapanku. Teringat lagu Wouldn't It Be Nice berkumandang di tv semalam. Kepala mula berfikir secara rawak kemudian bertukar objektif.

Nekad, keluar. Butang G kutekan. Aku keluar dari lif dan mengorak langkah laju. Kutuju ke arah kereta. Pintu kubuka, seat kuturunkan. Perfect. This should be nice.

Thursday, June 25, 2009

Garisan Siapa?

30 minit gelak ketawa. 30 minit berseorangan. 30 minit untuk memastikan aku masih waras. 30 minit pelepas tekanan. 30 minit untuk rerun Whose Line... 12 jam pertama hariku lengkap

Tuesday, June 23, 2009

Devilica

Devilica played their last show, SAKIT KEPALA FEST IV at MCPA Grand Hall.
Ateng, Malik, Butet dan Razak memang awesome.
Produk terbaik dari Tampin.

Wednesday, April 22, 2009

Tuesday Night Football

Liverpool 4 - 4 Arsenal.
Sejak kebelakangan ini, Liverpool begitu pandai berdrama.
Isk.

Tuesday, March 31, 2009

Zon Zone Zonal

Sukar untuk keluar dari comfort zone. Aku berada terlalu dalam. Lemas, lemas. Aku tidak pandai berenang. Apungkan diri pun tidak pandai. Bakal lemas, fikirku. Kadangkala terfikir mahukan perubahan dan keluar dari zon ini. Tapi bersediakah aku untuk berubah? Tiada faktor luar yang mendesak. Ditambah dengan sifat mudah berpuas hati dan hilangnya sifat kompetetif. Mungkin disebabkan oleh usia. Mungkin sifat cemburu melihat kejayaan dan pencapaian orang lain sudah pupus. Apapun sebabnya, aku merasakan yang aku bakal kekal dalam zon ini untuk satu jangkamasa yang lama. Manusia tidak akan berumahkan tempat yang janggal dan memberikan ketidakselesaan kepada mereka. Adaptasi dan assimilasi memakan masa.

p.s Diversenye office aku